Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

Subjek - Fynn Jamal (Nur Affina Yanti Binti Jamalludin)

aku menulis entry ni bukan lah sebagai peminat Fynn Jamal,
aku rasa, Fynn pun tak suka orang minat dia atau,dia pun tak suka ada peminat.
aku menulis ni sebab aku pelik dengan aku ni,
nak kata aku ni obses kah dengan fynn jamal?
nak kata fynn ni idola aku ke pebenda?tak jugak..
sebab aku bukan 100 peratus minat dia,
tak jugak aku taksub dengan dia,
cuma, lahar lahar dia yang macam orang gila tu
buatkan aku nak kenal sangat sapa dia ni.
ok.
lagu pertama fynn yang aku dengar,- lagu "Cerita Anak Kecil dalam Jamban"
masa tu, aku baru habes SPM kot. tiga tahun lalu.
lepas lagu cerita anak kecil dalam jamban, baru la aku dengar 150 Juta.
lepastu, mulalah aku stalk latar belakang dia,
buat kajian pasal fynn sikit,
kadang tuh. aku korek baca blog dia sampai ke cerah.*pagi
baca punya baca,sampai lah aku khatam blog dia, sampai aku tahu kisah dia ngan laki dia.
gila berdadah sungguh blog fynn.
fynn ni macam pencetus inspirasi aku untuk menulis,
aku macam dia atau dia macam aku .aku tak pasti, cuma dia luahkan perasaan dia melalui tulisan
sama jugak aku, since aku sekolah rendah lagi,
kalau aku ada masalah apa2 aku tak cerita kat mak abah,
aku menulis,
tulis surat,tulis diari, tulis kat meja2 kelas,meja2 kantin sekolah.
tulis merata alam. sampai lah, kenal blog masa penghujung tingkatan 4.

berbalik kepada Fynn Jamal.

Fynn pandai menulis
pandai menyanyi
pandai berpuisi
dia pandai nyanyi bukan sabit sora dia power(tapi sora dia klasik gitu),
bukan sabit dia menang AJL,
tapi dia menang kat hati aku,
sebab mungkin, dia sampaikan nyanyian dia
melalui jiwa dia kot.

BIAR JIWA.
selain 150 juta,Biar,lelaki,cerita anak kecil dalam jamban, dan memacam lagi.
aku paling suka lagu Biar Jiwa- OST Kontradiksi,
lagu tuh,meransang betol lah,meransang otak.
mengorgasme minda. *tudiaa.. tak boleh lucah lagi bahasa tu ka
tapi serius la,aku suka lagu Biar Jiwa tuh.

sekarang lagu yang tenga Up, Arjuna Beta.
hurm..lagu ni aku tak suka sangat sebab macam berhantu, dan menghantui hidup aku.
biarlah aku sorang ja tau pasaipa berhantu. sat gi cerita kat hampa,pakat tak mau dengaq pulak.

lepas Arjuna Beta,
Terbang tunduk.

Ok..terbang tunduk ni aku bagi lima Bintang, sehari ada lima enam kali jugak dok replay lagu nih.

kenapa aku suka Fynn Jamal?

*aku tak pasti aku dah menjawab ke belum soalan aku*

emm... sebab2 nya cari di perenggan2 atas.

kalau aku tak suka fynn, tak da nya aku gigih nak ngingat lagu2 dia yang berhantu bagi aku.
tak danya aku gigih nak buat research pasal dia, sampai korek isi blog dia.
tak danya aku hafal lagu Biar Jiwa, nanti bila da kawen,aku nak nyanyi lagu Biar Jiwa kat suami aku.

ok sudah. kang melebih aku tulis orang cakap aku taksub plak ngan Fynn Jamal,
padahal aku sekadar berkongsi rasa di hati ni dengan hangpa semua.

kepada Kak Fynn Jamal,
ketahuilah karya mu selalu menjadi peneman aku dikala aku keresahan,
dihanyut ombak nan ganas...dikala ku kesepian. di lambung tsunami emosi.

sekian,





Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...