Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers



18.09.2016
2.46 am

Dari langit ini,
Ku lihat taburan neon di kota,
Bertali arus kenderaan di jalan raya,
Seperti semut mengusung gula.
Namun kau di ceruk yang mana?

Kau lupa pada janji kita,
bertemu aku di kayangan bila malam tiba,
Lama ku nanti di singgahsana,
Kau tak muncul jua.

Aku rindu,






Image result for pemandangan kota dari langit malam


Assalamualaikum. *Kepada pembaca Muslim*
Salam Sejahtera  *Kepada Non Muslim*


18/09/2016 - Ahad. 1.38 am

Dah lama sangat aku tak menulis ni kan. Biasalah sibuk sangat mengejar dunia, sampai kadang kadang tu terlupa, aku singgah ja kot kat dunia ni yang nak sibuk sibuk sangat buat apa kan. kadang sampai terlupa nak muhasabah diri . Tak seperti dulu. Dulu aku selalu menulis, apa apa aku rasa yang tak berapa nak kena dengan jiwa, yang apa apa aku rasa perlu di luahkan tak mampu di simpan aku tulis. Maka ketika menulis tu aku muhasabah diri sekali. aku tilik mana silap silap aku, tapi biasalah aku pun manusia, kadang kadang selalu ulang kesilapan yang sama.

 Kayuh basikal langgar satu lubang, tak semestinya hang tak akan langgar lubang lagi, hang tak tahu kat depan hang bukan setakat lubang, batas ubi, kayu melintang, paku atas jalan dan sesekali terlanggar bangkai. Yang orang selalu cakap 'malang tak berbau' tu kan.itulah dia hidup aku diibaratkan. hidup kau aku tak tahu, mungkin ibarat hidup kita tak sama. dan mungkin jugak sama.

********************************************************************************
Merujuk Topik/Tajuk di atas.

Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan kalini adalah tentang pemerhatian aku terhadap pelayar pelayar media sosial zaman sekarang.

1. Pertelingkahan,Penularan wabak menyebar aib orang kian berleluasa.(Media sosial)
2. Budi bahasa sesama masyarakat kian tumpul.(Punca)

Mengupas kandungan #1.

Kalau kau seorang yang pelayar media sosial yang tegar, aku yakin kau mesti pernah terjumpa screenshot screenshot berunsur aib orang,berita berita yang goyah kesahihannya, dan gambar gambar gambar membuka aib orang. Aku masih tak faham dengan sikap/sifat manusia yang terlalu obses dengan kesilapan orang yang kadang kadang tu dia punya taksub nak mengecam silap orang sampai sanggup share dan tag kawan kawan yang lain untuk baca. ya aku faham mungkin tu satu bentuk hiburan dan mungkin aku pun pernah berbuat demikian secara tidak sedar. tapi tak rasa keterlaluan ke buat macam tu?. tak pernah terfikir kalau satu hari nanti, aib kau pulak orang viralkan. Ada jugak segelintir/ spesis yang sengaja menampakkan kebodohan untuk mendapatkan perhatian. tapi itu hal kau lah. nak bodoh sangat bodoh lah sorang sorang, jangan nak libatkan masyarakat lah kalau boleh.

Contoh 1:Stigma masyarakat terhadap pesalah pesalah bahasa di applikasi 'We Chat'.
Dalam dua tiga harini memang penuh susurmasa Twitter dan Facebook dengan screenshot post post yang jujur cakap memang agak 'jahanam jahanam' jugaklah bahasa dia. Tapi kita ni sapa nak mengkritik membabi buta penulisan orang. Kita pun pernah jadi budak, kita pun pernah buat silap.  Jadi kenapa perlu kecam dengan menyebarkan penulisan penulisan mereka tersebut. Aku tak letak sepenuhnya salah pada si penyebar, dan aku jugak tidak berniat mempertahankan 'perosak2' bahasa itu. cuma perkaitan nya di sini, si pelaku/si pesalah ni dua kali lima saja. Dah kau tahu yang menulisnya tu budak budak, yang kau nak kecam dia teruk teruk tu dah kenapa. Kau tak pernah jadi budak?. Dah kau tahu vocab nye salah,betulkan lah diam diam.kenapa perlu di sebar sebarkan untuk buat bahan. dah takda bahan hiburan lain lagi dah?

aku boleh bagi satu saja contoh. kalau bagi banyak contoh, banyak pulak nak kena kupas. kalau banyak nak kena kupas, banyak pulak masa aku nak menulis panjang panjang kan.

Kesimpulan kecil, aku sekadar boleh melontar pendapat saja kat sini, mana boleh nak tegur orang setiap salah orang yang aku rasa dia salah dan tak patut buat macam tu. Sebab zaman sekarang,hang tegur benda betul hang dituduh bajet bagus.Tapi kalau hang sebarkan benda yang tak baik, nescaya hang akan cepat naik. Dan sebab itu jugaklah terbit idea untuk aku menamakan artikel ini dengan 'KITA BETULKAN DULU JALAN HIDUP KITA'. Aku mengambil langkah untuk menilai hidup aku terlebih dahulu sebelum aku perbetulkan orang yang aku rasa dia tak betul. Aku masih hormat pendirian dan pendapat orang lain, kerana aku tahu seribu manusia punya seribu satu macam ragam.

Sebelum aku akhiri artikel ini, ada sebuah cerita lagi ingin aku kongsi bersama pembaca pembaca.
Ini pasal aku la.

Sejak akhir akhir ni, aku banyak habiskan masa beraktiviti sorang sorang, mungkin dari dulu lagi aku terbiasa menyendiri dan memerhati kelompok kelompok manusia sampai aku tak sedar, di saat aku memerhati kelompok manusia itu, masyarakat juga memerhati gerak geri aku yang 'sendiri'.

Stigma masyarakat terhadap 'forever alone' bahasa mudahnya penyendiri.

ada dua tiga sahabat bertanya pada aku, "Kau boleh buat apa apa pergi mana mana sorang sorang?, sedang kau boleh ajak kawan kawan,kau bukan takda kawan".

Ada sebab kenapa aku menyendiri, 
dan ada masa aku bersama kawan kawan.

bagi aku, kalau bersama kawan kawan ni,ada possibility nak mengumpat orang, nak bergossip,nak bercakap benda sia sia. jadi, bagi lah aku masa untuk aku menendiri. bercakap dengan alam, dan mengenal diri sendiri. tak salah kan aku. Aku tak pernah berasa sedih langsung bila menyendiri, sebab aku bukan nya diam terus, tak bermasyarakat, bila keluar pergi mana mana sorang,aku tegur ja pakcik makcik akak abang yang ada kat situ. mengenal orang baru. lagi baik dari hadap kau muka sama, perangai sama tuh.haha.

Sekian.

Pembaca punya hak menilai saya, dan punya hak mengkritik pendapat saya.
Cuma kalian tak punya hak untuk menentukan jodoh, maut, Qada' dan Qadar saya. itu ja.








Hai.
tak nak welkem back aku ke, dah lama aku tak menulis, mengupdate blog.
tapi harini, aku rasa nak up jugak lah satu entry.

trip ni aku ikut Abbas ja, abbas ajak sebelum cuti mid sem lagi, aku pun lock date untuk ikut dia memandangkan hari tu dah tak jadi naik Angsi dan Tabur ni pun antara wishlist aku, maka aku ikut.

21/11/2015. Sabtu.

aku cerita lah serba ringkas perjalanan trip Tabur Terabur Tak kira ni.
pukul 4.30 pagi, aku siap siap tunggu Abbas (Ahmad) mai ambil kat rumah.
kami berempat Aku,Abbas,Amin dan Mueez  bertolak dari melaka dalam pukul 4.50 pagi gitu.Aku tak tahu mana meetpoint dengan kak pijah, jadi dalam kereta aku tak banyak sangat borak ngan dorang sebab aku ngantuk,aku pun tertidur lah sampai Seremban kot. kami berhenti Subuh di RnR Seremban. pastu aku sambung tidur.  Sedar2 dah sampai Zoo Negara. time tu belum lagi Pukul 7.00, punya laju tak laju si Mueez meluncur Honda Accord yang dipandunya, aku rasa aku baru tidur kejap ja kot. Kami menunggu kak Pijah. perghhh excited nak jumpa kak pijah (Kakak Ahmad Abbas).
dipendekkan cerita, kak pijah sampai dalam pukul 7.30 pagi bersama sanah (Adik kak pijah, Kakak Abbas). aku perasan mueez macam dah macam penkek sebab tunggu lama. lama ka??hahah sapa suruh bawak laju laju sampai awal bukannya sampai2 dapat terus naik pun. Kih Kih.

pada mulanya aku ingat line up untuk trip ni, kami dan kak pijah ja.. rupanya kak pijah pun di ajak Abg Azry. ramai jugak la line up yg naik sekali hari tu. yang aku kenal Yamin sorang ja kot, ada dari group apa nama tah Troopers pe tah. and lain lain yang  tak sempat berkenalan pun.

dipendekkan lagi.

kami start treking dari starting point (Kemensah) dalam pukul 8.00 pagi, dan sampai  puncak (Tak da lah puncak sangat) pada pukul 9.50. dekat dua jam jugak lah, dah standard naik Gunung Datuk pun ada padahal bukit ja. Bukit bukan sebarang bukit lah, bukit tabur ni trek dia mencabar adrenalin jugak lah sebab banyak batu,yang kami naik ni Tabur Extra, aku pun first time naik bukit nih, sebelum ni selalu dengar ja pasal bukit Tabur, tabur Extrim, west, east,far east mungkin korang dah penah naik kan.aku pun baru keluar dari kepompong, rasa tak layak nak cerita panjang lebar kat korang kan.
sepanjang aku berkecimpung dalam aktiviti mendaki ni, ni first time aku rasa give up tang batu. tak lepas woi nak turun satu batu tu, tengok kak pijah steady ja atur tapak(step) nak lepas satu satu batu tuh, aku nih berbelit belit sampai kena pijak kaki Abbas, sumpah rasa down sebab tak leh nak buat sendiri. hahaha tak leh nak ngaku Dauntless "blood before faction",

view dari trek Tabur nih bervariasi kot, sebelah kiri Metropolitan city view, sebelah Kanan pulak, metrogreen flora view.tudiaa metafora seorang Azwa. tapi best lah trek dia, banyak jugak puncak tipu.naik turun naik turun naik turun sampai satu tahap yang dah hampir pewai, " Nok harommm laahh bila nak sampai puncak yang betol wooii,layan jaa layannnn ja sambil sambil berenti dulu award diri dengan selfie.

time turun, kami berenam  turun paling awal, nak ambil gambar banyak2 lah kononnya, sekali kami jugak lah yang paling last sampai sebab mereka mereka yang lain turun ikut shortcut. cerita paling best tang time turun lah. time turun lah seluar aku koyak. hadoiii. tapi kena skip cerita pasai seluaq koyak nih malu plak rasa,hahaha. okehh okehhh dah nak sampai bawah..

aku pendekkan lagi cerita,
yeayy dah sampai parking.siap siap untuk pulang ke Melaka. kami sampai kat parking tu dalam pukul 12.30 kot kalau tak salah aku.

dah laa malas nak sembang panjang panjang lagi, hang tengok gambaq pulak lahh kan






























jeng .... jeng... jengggg

Mukadimmah : The highest peak of the Malay Peninsula (7175 feet, 2187 m), in the Tahan Range, West Malaysia, Pahang Darul Makmur.
From Merapoh, Kuala Lipis - Mount Tahan - Kuala Tahan, Tembeling Tengah route is just over 62.14 miles. 7 days 6 nights journey. (copy dari fb Ali Zepperine )

17/10/2014 : 8.30pm
Line Up seramai 24 orang berkumpul di PPP UTeM,agih ration dan packing barang.*sumbat sampai mampat beg tuh.line up yang terdiri daripada 21pelajar UTeM dan 3 orang pegawai pengiring.
line up *tak payah rujuk gambar : tiqah, azwa, fitri, daus, abu, ali, afizul, cokek, muqrie, aireen, alia, aqil,tok mal, nawi, munaim, hazim, syazwan, zul lee coper, eddie, fahmi, zelmi, deddy (en.omar), abg thaqif (staff library), abg naz(pejabat pendaftar)

18/10/2014 :tiba di Taman Negara Sungai Relau dalam pukul 8 pagi, declare barang plastik, botol pakaian dan segala kejadah lagi.proses declare barang ni wajib bagi memastikan hutan terpelihara dari pencemaran bersesuaian dengan slogan "TAKE NOTHING BUT PHOTOGRAPH,LEAVE NOTHING BUT FOOTSTEPS".

kita punggah barang dulu. proses declare barang, kira betol betol. *aku malas kira,
 setel declare barang, panas camera dulu..

masing masing mengalami keterujaan,time ni tengah semangat lagi

part naik 4wd nih paling best, dia punya pi laju tak patut,tapi sumpah best part naik 4wd menuju ke kuala jarum nih, *awas kepala,ranting pokok di mana mana.
yeay dah sampai Kuala Juram.

.
.
ready to exlore the forest world. Banjaran Tahan,here we go.
day 1, 181014 : 

Taman Negara Sg.Relau ke Kem Kor, 1120-1700, 12km. 4 kali redah sungai yang sama. sungai yang di maksudkan .

Trek ok.jalan ngan puak puak depan, depa punya laju kadang penat gak nak ligan. last2 aku jalan ikut pace sendiri,ditinggalkan yang depan dan meninggalkan yang belakang. bukan nak buat pala jalan sorang tapi aku pun xsedar bila masa aku tinggal orang belakang. kesian kat member2 yang krem kaki,macam Ali,tapi tak pa,yang krem2 ni la lagi kuat,wlaupun krem depa tetap jalan. sampai di kem Kor dalam pukol 5 petang kot,pasang fly and ground apa semua,malam tu ice breaking.

hari 2 :19102014 : Kem Kor,Permatang,Kem Kubang

kem kor ke kem kubang. dari kem kor nak ke kubang tu kami singgah sat kat 'RnR' 'Permatang..lepas permatang tu kami mula melayan trek pacak mencanak canak, azab jugak lah betis ni. aku sebenarnya tengah lupa nih.aku jalan ngan sapa entah time ni? *imbas kembali*. ok ingat dah, time ni aku berjalan dengan daddy,abg naz,abg taqip and dengan sapa lagi tah. pling ingat depa la sebab aku suka pau depa punya jajan.tak lupa jugak tiqah yang menaja biskut tiger.kami jalan agak depan la time ni,yang best nya time nih.kami tak tau yang kami dah dekat dengan kem kubang, berhenti rehat makan jajan ,daddy siap wak keluaq pinggan nak lunch dulu,tapi tak sempat nak makan la sebab dengar suara alia jerit dah dekat,depan tu ja depan tu ja..pakat pakat angkat bag,ternyata memang depan tu saja.

malam ni best.lepak bawah fly sambil dengar munaim merapu, sambil depa mengusik aku,sambil tengok depa main daun terup,aku pun turut serta main.padahai haram tak reti main pun.jujur cakap,sampai la aku tak paham dan tak reti main. aireen,alia,tiqah,eddie dan crew crew masakan masak,dinner malam tu nasik denga ayam black pepper kalau tak salah aku lah.

hari 3. 20/10/14 : Kubang - Belumut - Puncak View - Bonsai - Botak - Puncak *copy dari blog Alia.kau pikir aku ingat semua trek yang aku lalu.*

ok hari ke tiga,melayan trek yang bervariasi atau warna warni.terkinja kinja jugak lah aku pada mulanya sebab excited hari ni nak ke puncak. ok tak berapa nak pewai sangat time dalam perjalanan belumut -puncak view tu.kira rasa ok jugak lah.sampai kat puncak view ka Bonsai tah,aku pau Munaim punya extrajoss,siap suruh dia bancuhkan lagi.Bonsai ke Botak, time ni dah 50-50 nak pewai tak pewai sama banyak.persetankan pewai tak pewai,mental tak mental perjalanan harus diteruskan. jamu mata dulu kat Botak ni.

4th day, 211014, Puncak turun ke Kem Pankin Bawah. 0930-2020. Lalu Gunung Gedong, Reskit & Tangga 15.Trek ok..line up blakang sempat lalu dlm awan hujan di Gunung Gedung..layan view..penat tahap dewa. OT sampai mlm. Trek lepas check point Gedong gila2 curam & licin. Turun guna tangga and tali. 

5th day, 221014, Kem Pankin ke Kem Puteh. 0830-1840, 13.5km. Stop mkn d Kem Teku jam 1300. 1400 sambung trekking dlm hujan cross 8 sungai. Lalu Bukit Sarsi. Super penat. Mental bergoyang goyang. Campsite pacat besepah.


6th day, 231014, Kem Puteh ke Kem Melantai. .13km, 0930-1800. Lalu Gunung Rajah, Bukit Jepon, Bukit Malang,Bukit Jerman & Bukit Mengah. Mkn tgh hr jam 1300 di Kem Tengah 6km dr Kem Puteh. Mata air Kem Tengah super special. Jalan sambil kutip buah Keranji together wif Mr Cokek, Abu and Zul. Kem Tengah ke Kem Melantai 7km. Trek agak becak dah nak sampai campsite Melantai..ramai yang tersliding..hahaha..


7th day, 241014, Campsite Melantai keluar ke pusat Taman Negara Kuala Tahan. 14km, 1030-1600. Trek agak becak berlopak lopak dtambah dgn tapak kaki Fumakilla..Trekking sambil melalak-lalak mcm biasa lagu rock kapak 90an jd pilihan utama. Pacat bsepah melekat di kaki.

Deleted
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...