Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

0119 am
lima oktoba dua ribu dua belas

hampir tiga tahun berlalu. namun aku masih menjadi seorang blogger yang kelabu asap. menulis cerita merapu sesuka hati. nyatanya aku terus menulis dan menulis, biarpun bahasa rabak. struktur ayat berterabur. aku tulis jugak. cerita dunia maya aku yang bermediumkan blog usang ini bermula sewaktu aku di tingkatan empat. aku rasa tersisih. jadi aku menulis lah. aku rasa aku datang ke planet baru. semuanya gara-gara aku tercampak belajar di sebuah sekolah berasrama penuh.

MRSM maktab rendah sains mara,atau aku mendefinisikan sebagai Murid Ramai Sakit Mental.  di mana sekolah itu telah banyak menyekolahkan aku tentang erti kehidupan, erti sahabat juga erti remaja separa matang. erti disiplin.erti peraturan. banyak erti lagi lah. bagi aku, peraturan dicipta untuk di langgar. aku cukup anti dengan peraturan. memang lah melalui peraturan mendisiplinkan diri kita. tapi aku tidak boleh terima sesetengah peraturan yang 'annoying' seperti tidak boleh memakai seluar track yang bercekak,tidak boleh bersembang dengan lelaki. tidak boleh itu tidak boleh ini.terasa sekolah ini sedang memenjarakan aku. walau dikecam banyak pihak terutama senior, aku tetap jadi diri aku. ketegar,bukan nak tunjuk  hebat tapi aku susah nak sesuaikan diri dengan sistem di sekolah baru ni. yang paling aku tak boleh terima. kenapa mesti wujud puak senior yang anti junior. kalau ditanya kepada pihak senior, depa jawab "kami dulu pun macam nih jugak,kena lagi terok dengan senior kami". aku budak sekolah kampung nih pun reti pikiaq apa ke bangang sangat puak senior yang anti junior nih. apa yang dengki sangat. kenapa mesti jadikan dia budaya?.. aku malas nak ulas panjang-panjang budaya budak mrsm. itu cerita lama. aku pun tak tahu sekarang budaya dia macam mana. tapi,sumpah aku rindu maktab. sepanjang pengajian aku di maktab, aku telah berjaya jugak eksperimenkan diri aku, bagaimana pengalaman melanggar peraturan dan menjalani hukuman berat atas eksperimen aku yang tidak berjaya itu. *kebanyakan cerita tentang pengalaman aku di maktab aku gabungkan menjadi bahan-bahan penulisan aku untuk blog ini*

aku terkena kejutan budaya jugak setelah seminggu tercampak ke sekolah yang punya sistem tersendiri. amat beza ketara sistemya dengan sekolah lama aku. sewaktu di tingkatan 1 sampaiy tingkatan 3, aku bersekolah di sebuah sekolah kampung 'Sekolah Menengah Kebangsaan Megat Dewa'. ya amat kampung,'Kampung Megat Dewa' kiri kanan sekolah aku sawah berelung-relung. aku pelajar biasa yang ditempatkan di kelas rancangan khas. aku pelajar yang pudar. kecemerlangan aku tidak lah teserlah amat seperti pelajar lain.

berbeza amat dengan mrsm, di sekolah harian biasa peraturan tidak lah terlalu melampau sangat. tidak wujud puak-puak diktator seperti mrsm. puak diktator yang aku maksudkan adalah golongan-golongan lembaga disiplin pelajar,badan wakil pelajar atau sewaktu dengan nya. ada yang aku hormat, ada yang aku menyampah. haha. maaf lah kalau ada di antara reader yang membaca entry ini terasa.

**penulisan aku untuk entry ini mungkin jauh menyimpang, bersimpang siur. aku menaip cerita berdasarkan apa saja yang terlintas di benak fikiran. apasaja aku teringat aku taip saja.

aku sebenarnya  suka sangat menulis, aku nak jadi penulis novel. tapi aku miskin dengan bahasa bunga, miskin dengan fakta, miskin dengan idea. jadinya, aku cuma menulis pabila aku rasa ingin menulis.
perasaan bila aku ingin menulis sesuatu cerita mahupun entry, aku rasa macam "err, ada ka orang nak baca karangan aku yang panjang lebaq nih", "ishk,orang paham ka cerita aku nih? dan bermacam lagi persoalan bermain di fikiran.sebab tu aku tak tahu macam mana nak menulis sesuatu yang memuaskan hati orang. 

tapi kini, aku sudah tak takut nak menulis apa saja yang ingin aku tulis, sebab bagi aku..kepuasan pembaca itu belakang punya cerita. yang penting kepuasan aku bila aku menulis. 

InsyaAllah, aku cuba menulis sesuatu yang baik untukku,juga untuk mereka yang membaca

penulis



Comments (1)

On October 6, 2012 at 6:04 PM , Aliff Haikal said...

Menulis/menaip satu kepuasan ! :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...