Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

:') Allah Maha Besar, kita x mampu padamkan tulisan takdir Allah. Ajal.Maut semua itu kuasa Dia Yang Maha Besar,


Ya Allah,tabahkan hati aku,tenangkan fikiran aku,izinkan lah aku menulis sbuah entry khas untuk seorang sahabatku yang telah pergi meninggalkan dunia yg kau pinjamkan untuk sementara ini buat selamanya. aku sedar, xguna meratapi orang yg sudah x ada. tp segala kenangan bersama arwah x mungkin aku lupa. arwah insan yg luar biasa, hebat. seorang sahabat yg baik,seorang abang yang baik. pembakar semangat,seorang pejuang yg gigih bersemangat waja. walau aku bukanlah sahabat yg begitu rapat dgn dia, bukan lah darah daging dia tapi ukhuwah yg terjalin hampir setahun lebih ini buatkan aku mnjadi rapat dengan arwah. sudah aku anggap dia la inspirasi aku,dia juga dah macam abang aku. Arwah seorang yang amat pemurah.
.bukti.

 Arwah,*jat,aku sebak nak sebut kalimah arwah nih. cepat sangat hang tgalkan kami*. ya aku sudah trima hakikat, Allah lebih sayangkan jat. Muhammad aizat b. ismail, seorang senior aku d MRSM Beseri dulu, namun aku xbegitu kenal insan ini. cuma namanya saja yg sering aku dengar dari mulut kawan2 ku.

takdir mnentukan aku mengenali seorang insan luar biasa ini

aku jumpa insan ini di saat aku kesempitan dan kegawatan Terima kasih Amir, amir*rakan hati arwah* jugak yang menyebabkan aku mengenali insan yg hebat ini. aku mengenali mereka,dan mereka banyak berjasa dengan aku. aku mula kenal rapat dengan arwah sejak dia menyambung pelajaran nya di UTeM. ukhuwah terus terjalin rapat sejak aku diperkenalkan dengan satu program luar biasa. SAP program. arwah,banyak membantu aku dari segi keyakinan diri, keterampilan diri dan sebagainya.

terlalu banyak nostalgia, kenangan manis, kata-kata peransang dan kata - kata motivasi dari arwah sentiasa segar di ingatan ku. Dia selalu pesan kat aku, teruskan perjuangan ubah nasib keluarga. balas jasa mak abah n macam-macam lagi. kenangan dengan arwah yang paling aku x boleh lupa sampai bila-bila, masa p RTM exclusive kat Glory Beach Resort. P.D. itu first time aku p Port Dickson. first time jugak tidoq hotel,sea view. aku x pernah sunyi bila dengan arwah. dia seorang yang amat periang. sentiasa bagi orang sekeliling dia  ketawa. aku ingat lagi, time kat RTM tuh. aku menangis sebab aku berimpian nak ubah nasib family. aku nak hidup senang, nak bahagiakan keluarga aku. Arwah amat memahami aku, dia datang dekati aku dia pun turut menangis sambil tepuk belakang aku "Azwa., aku anggap hang dah macam adik aku dah. aku akan tolong hang, aku taw hang boleh berjaya. hang ada semangat yang kuat.", .. *sebak*..

Aku banyak terhutang budi dengan arwah, dia inspirasi aku. aku akan ingat sampai bila-bila kata kata arwah.
dia insan yang telah membuka mata aku, dan ramai remaja lain tentang nilai seorang anak. Ya, dia seorang anak yang bernilai, seorang kawan yang bernilai. dia ada,di saat kita susah, dia tak lupa kawan disaat dia senang. bukan niat aku nak mengagung kan arwah, cuma bagi aku dia layak disanjung sebagai seorang sahabat yang baik.seorang anak yang baik. 


dapat call dari dia., tiba-tiba ja.

aku x ingat tarikh tuh,tapi aku rasa dalam bulan september.. arwah call aku, dia mengingatkan aku kembali kenangan-kenangan bersama SAP. aku sebak, aku terkejut. dia sedarkan aku dari lena yang panjang. dia menyuntik satu semangat untuk aku bangkit kembali bersama SAP. dalam perbualan telefon kami aku ingat lagi dia cakap "Azwa., aku mintak tolong hang sangat-sangat, kalau hang xnak datang K.L pun hang tolong temankan Fiza,*rakan seperjuangan SAP* ni last aku mintak tolong hang",  
aku x sangka, rupanya memang itu last dia mintak tolong aku. Ya Allah, kau amat sayangkan arwah Jat,begitu cepat kau mengambil dia kembali pada Mu.


Alhamdulillah,tanggal 15september,aku tunaikan permintaan arwah, aku teman fiza dan aku turut bersama bersemangat kembali. aku turut masuk BMW *breakthrough Mind Workshop* di mana bengkel ini telah menyedarkan aku kembali untuk kembali berjuang dalam SAP. yang bagi aku, SAP adalah satu platform di mana anak muda berjihad untuk mengubah nasib keluarga,mengangkat darjat keluarga. dan paling penting membalas jasa mak bapak.  Buktinya, arwah sendiri, di usia dia yang masih mentah 20 tahun, arwah sudah pun memegang income puluh ribu, membahagiakan ibu bapanya, membuktikan pada family dia yang dia anak yang bernilai. aku jadikan dia inspirasi aku. dia tidak pernah berkira. membantu tanpa mengharap balas.
dan di sini aku juga ingin berterima kasih pada rakan hati arwah, en. Amir., yang telah menemukan aku dengan program ini dan menemukan aku dengan arwah.

saat terakhir jumpa dia,bergurau dengan dia.pesan-pesan terakhir dari dia
22/september/2012
aku xsangka di tarikh ini, aku dapat berjumpa arwah dan bergurau dengannya untuk yang terakhir kalinya. arwah bergurau dengan kami. dan aku xsangka itu kali terakhir aku dengar sharing darinya. aku ingat lagi, masa dalam zrb, arwah banyak bercerita kat aku dia tunjuk kt aku gambar dia makan. sedap-sedap. dengan cara itu, dia seolah-olah membakar semangat aku. aku jugak sempat bergurau dengan nya,meminta dia belanja sebab esoknya birthday aku. sebelum bertolak balik ke melaka malam itu, dialah orang yang terakhir kami(aku,mas dan fiza)  jumpa. ya itu pertemuan terakhir kami dengan arwah. di mana aku jugak telah berjanji dengan arwah, yang aku akan berjuang dalam SAP  bersama dengan fiza di utem. *sebak*,
Ya Allah, aku tak mampu teruskan penulisan ini. masih terngiang-ngiang kata-kata terakhir arwah.

arwah [duduk]*aku rindu*

benar orang kata, sewaktu dia masih ada kita tidak hargai dia. bila dia sudah tiada,kita mula rasa yang dia amat bermakna dalam hidup kita.

sekarang aku dah tenang, aku dah terima hakikat walau jasad dia tidak bersama kami, namun semngat dia,ilmu2 yang dia kongsi. kata-kata nasihat dia terus tersemat di ingatan. 

aku sedar, kalau aku sedih sebab kehilangan dia., macam mana dengan insan - insan yang lagi rapat dengan dia,keluarga, rakan-rakan hati dia. dan orang yang istimewa dalam hidup dia [kak cha]. kalau aku di tempat k.cha, mungkin aku tidak kuat jugak. ya kita memang mudah berkata menasihat dia untuk tabah dan kuat. kenyataannya, mana mungkin kita senang-senang nak melupakan orang yang paling bermaka dalam hidup kita. paling tidak pun mungkin ambil masa jugak . tapi kalau kita betol-betol tabah dan merelakan pemergiannya,InsyaAllah dia bahagia di sana. sekuat mana pun cinta antara manusia, namun.cinta Allah Maha Agung, Allah lebih mencintai arwah.

*Mak  pesan, kalau rindu arwah, banyakkan berdoa untuk dia, sedekahkan Fatihah,Yaasiin dan baca surah Toha untuk hilangkan rasa sedih/sebak.


Doa Nabi s.a.w. kepada Abi Salamah r.a. ketika kematiannya sebagaimana yang diriwayatkan dari Ummu Salamah r.a.:

“Rasulullah s.a.w. masuk kepada jenazah Abu Salamah (pada hari kematiannya) dan sesungguhnya matanya terbuka, lalu baginda memejamkannya (yakni baginda menutup kelopak matanya dengan tangan baginda). Kemudian Nabi bersabda: “Sesungguhnya ruh ketika dicabut, diperhatikan oleh mata (yakni ketika ruh ditarik keluar dari badan, mata melihat ke mana ruh pergi)”. Lalu beberapa orang dari keluarganya berpekikan. Maka Nabi bersabda: “Janganlah kamu menyeru kepada mayat-mayat kamu melainkan dengan suatu kebaikan kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan”. Kemudian Nabi s.a.w. berdoa:
اللَّهمَّ اغْفِرْ لأَبِي سَلَمَةَ، وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّينَ، وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِينَ، وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ، وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، وَنَوِّرْ لَهُ فِيهِ
“Ya Allah! Berilah keampunan kepada Abi Salamah. Angkatlah darjatnya di kalangan orang-orang yang diberi petunjuk. Jadilah penggantinya bagi anak-anaknya yang masih tinggal. Kurniakanlah keampunan untuk kami dan untuknya, wahai Tuhan sekelian alam. Lapangkanlah untuknya di dalam kuburnya dan terangilah untuknya di dalam kuburnya”.
(Riwayat Imam Muslim)Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa orang hidup akan memberi manfaat kepada si mati sekalipun doa itu bukan datang dari anaknya.


Comments (7)

On October 7, 2012 at 10:18 AM , Unknown said...

alfatihah..

 
On October 8, 2012 at 3:28 AM , Aliff Haikal said...

Ya Allah sedihnya baca kisah ni :"(

 
On October 8, 2012 at 4:34 AM , Anonymous said...

Even aku xrapat tp still teringat kat arwah. AL-FATIHAH :'(

 
On October 8, 2012 at 2:51 PM , khairulsyarafi said...

al fatihah....

 
On October 8, 2012 at 11:38 PM , ♥fadiraida♥ said...

al fatihah disedekahkan kepada arwah :'(

 
On October 10, 2012 at 1:50 AM , Unknown said...

azwa, u make me cry . hmm..
akak rindukan arwah jugak...
he just like my brother.. hmm
but i cannot write like what u did.

 
On October 10, 2012 at 3:04 AM , Kejora malap said...

sahabat syurga ,be strong.u know, when i wrote this, i ask my heart to be strong. hanya doa jadi penghubung antara kita dengan arwah. klau kita sedih, orang2 yang rapat dgn dia lagi sedih

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...