Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

mengintai di sebalik jendela.
ku lihat dia ceria, dia bahagia bersama pacarnya,
ku dongak ke langit,
ku lihat sepasang camar biru,
sedang bermesra di atas tiang letrik,
bahagianya depa.

aku tersenyum sendirian,
melihat pohon cermai yang rendang.
aku memetik dua tiga butir cermai,
lalu ku kunyah..
oh kelat yang amat.

kelatnya cermai kerana dia tidak berpasangan,
lalu ku pasangkan cermai dengan sedikit gula.
kelat-kelat buah cermai bila dicecah dengan gula
lazat jugak rasanya.

kejadah apa aku ingin sampaikan ini,
aku cuma,.
aku cuma ..
ingin sampaikan
yang aku juga mahukan pasangan.
kelat sudah jiwa aku,
bila berseorangan.

untuk dia, bintang aku. sila muncul dalam hidup aku kembali....

Comments (2)

On December 1, 2012 at 3:34 PM , Lokman said...

^_^.. kita semua inginkan seseorang dalam hidup..saya pun nak

 
On December 2, 2012 at 12:25 AM , Kejora malap said...

Allah dah tentukan sapa pelengkap hidup kita, biar masa yang tentukan

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...