1439
duapuluhtiga januari duaribu tiga belas
11 Rabiulawal 1434H
Assalamualaikhum . salam ukhuwah kepada semua pembaca blog azwa yang tegar mahupun tidak tegar. In shaa Allah,kalau esok masih ada untuk azwa esok boleh la menyambut maulidur rasul pada tahun ini yang jatuh pada hari esok. 24/jan/2012 bersamaan dengan 12RabiulAwal1434H. //kata alu aluan//
Tema Maulidurrasul pada tahun ni "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH". Wasatiyyah tuh ape?k. korang jangan risau, azwa dah tolong carikan definisi dia kat google tadi. korang baca je kat cni.
MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab, wasat, membawa tiga makna, iaitu to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.
"Pada saya, konsep ‘wasatiyyah’ ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang mahu melahirkan masyarakat berimbang (sederhana), berteraskan perlembagaan persekutuan. Seperti gagasan 1Malaysia, konsep ini bukanlah sama rata dan sama rasa atau terletak di tengah-tengah seperti tidak miskin atau tidak kaya, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, persimpangan antara syurga dan neraka, tidak pandai atau tidak bodoh yakni sederhana sahaja. Tuntutan ‘wasatiyyah’ mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling."-sumber ustaz MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH-
itu pandangan Ust. Mohd Ridhuan Tee lah. mengulas pandangan beliau. Azwa terkesan dalam ayat beliau "Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta". maksud dia kejar dunia,akhirat jangan lupa.haa.lebih kurang macam tu lah maksud dia kan. *pause*.
Maulidur rasul
Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidakpernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda. Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu. Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka. Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar. Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya. Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam. Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu. Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya. Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kearah menyedarkan umat Islam kearah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.
Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya. Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda. Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.
Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati. Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.
Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.
Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. - Ustaz Hj Ahmad Baei Jaafar.
yer..memang panjang, tapi kenapa kita rasa malas nak baca artikel pasal Maulidur rasul, pasal Rasulullah. kita tak rindu Rasulullah ke? kalau pasal gosip artis laju je korang kita baca kan.
p/s:pesanan di atas untuk diri sendiri dan juga semua. hihi. :) azwa sekadar berkongsi. tak bace pun tak pe,. yang penting Rasulullah sentiasa dihati kita selamat menyambut Maulidur rasul semua,
jom selawat ke atas nabi Rasulullah S.A.W
azwa ada sediakan jugak :)
3:36 PM |
Category: |
1 makhluk2 prihatin
Comments (1)