Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

Showing posts with label laharan hamba. Show all posts
Showing posts with label laharan hamba. Show all posts
KAWAN DAN MUSUH

Jika tak mahu berkawan. Jangan sampai mahu bermusuh.
Jangan jangan.
Semeluat mana sekalipun kau terhadap dia. Abaikan dia.
Jangan cuba bermusuh.

DENDAM

tapi kalau dah dia celaka, sombong,kurang hajar dan lahanat sangat.
Dendam kesumat yang tumbuh rapat di hati kau. Keluarkan, cencang dan tumbuk dia sampai lumat.

AMAN

Tak akan wujud aman selagi kau berpanas baran.
tak akan tamat persengketaan kalau kau asyik berlawan.

Tali persahabatan yang aku ikat dulu tak kemas.
Longgar. Mudah lerai.
Aku hulur tali minta diikat semula, dia tak capai.
Dia lebih rela lihat persahabatan itu terbarai.
Biar. Biar ke dia.

TIDUR

Pejam mata.
Buka balik.
Pejam mata. Tarik comforter.
Buka balik. Ubah posisi
Pejam mata. Aku tak pernah tahu aku tidur pukul berapa

CARA MENGORAT BERANI MATI


Aku disapa angin miang keladi hutan lagi.
Apa boleh buat. Layankan saja.
Di café tiga tadi.Ada jejaka lalu depan aku.
Kat mata aku. kacak lah dia. Kening lebat.
Bangla kening lebat pun aku kata hensem. Asal kening lebat.
Kat mata kawan kawan aku mungkin tak. Citarasa kami berbeza.
Bermodalkan fake eyes grey mistic aku. aku usha dia.
Usha. Usha sampai dia tak keruan.
Cara dia. Usha dia,jangan sampai dia perasan.
Agak agak dia nak perasan, aku larikan pandangan.
Buat buat pandangan aku dan dia bertaut sedetik cukup. Haa. Aku bahaya.
Sudah makan. Angkat pinggan. Terus ke dia. Sapa. Dan Tanya nama.
Tanpa teragak agak. Dia jawab . Rizal.
Aku tahu. Tadi bukan aku sorang yang curi pandang dia. Dia melakukan perkara yang sama juga. Naharam. Malu aku.
Dan aku blah. Habes.
Gedik tang tuh. Habes tang tuh. No hard feeling.

NIK MUNCUL DAN HILANG. VERSI PENDEK.


Dia muncul. Datang bersama bayu.
Dalam dingin malam, mencuri hatiku.
Kelembutan,keindahan paras melemahkan iman wanita ku.
dia tak peduli tiap kalimah keluar dari bibir ku tatkala berbica dengannya.
Dia tenung dalam mata aku,dia menilik segenap penjuru wajah aku.
Aku pula ralit menilik bulan indah di hadapan kami.
Aku jadi tak keruan bila dia terus terus cuba hampiri aku. aku lemah
Aku lemah la bahalul! Jauh sikit dari aku.
Tak sempat mengenali dia lebih rapat.
Dalam pertemuan kami ada penghalang.  Dia hantar aku pulang.
Tanpa menyoal panjang. Tanpa sepatah haram dia tinggal aku bersama sekelumit harapan.
Harapan yang dia akan cari aku semula.
Tapi.. haaram. Lesap dan terus hilang sampai sekarang.

NiK. Nik. Nik. Nik. Nik. NiK Nik. Aku sumpah kau jadi ______



NIK. MUNCUL DAN HILANG . VERSI TERPERINCI.


“Kata ahli Matematik perasaan itu hanya boleh diukur dengan satu nilai iaitu infiniti
Kata ahli fizik . perasaan itu ialah pantulan dari mata yang dibiaskan ke dalam hati.
Kata tukang kebun, perasaan itu bagaikan pokok bunga, kalau dibajai ia akan tumbuh mekar
Dan mewangi.”-Fitri Hussin,KATARAK-
Itu kata Fitri Hussin.

Kadang kadang perasaan yang kita tak mintak meresap ke dalam jiwa kita.
Bermula dengan satu perasaan yang indah kemudian bertukar menjadi sampah.
Perubahan rasa itu tanpa diketahui sebab musabah.
Itu perasaan haram jadah namanya.

Perasaan aku terhadap Nik. Pada mulanya indah.kenal kat We Chat.bukan kebetulan tapi ketentuan.
Dia kenalkan dirinya Nik. Dengan bermodalkan rupanya yang indah,aku jadi lemah.
Aku membalas sapaan dia. Dia punya sepasang kening yang sempurna,menggoyangkan iman aku sebagai wanita.aku lemah.
Tak sampai segenap hari kami kenal.berbual. dia terus ajak aku keluar.bosan katanya.
Dia Cuma ada Honda Bulat. Katanya. Aku percaya.
Aku bersiap,keluar rumah menanti NIK di balconi rumah. Tunggu punya tungu punya tunggu. Nik call,dah sampai kata dia. Aku usha keliling, tak da pulak Honda bulat. Cuma yang terparkir depanku sebuah Myvi putih bersport rim merah.
Terpakir di sisi kiriku pulak Gen2 turqoise. Dua dua pemandunya sedang bercakap telefon .Aku keliru.
Mana satu jantan NIK nih. Pandangan aku lebih tertumpu kepada Myvi di depan ku.
Aku merenung tajam kening pemandunya. Sah itu NIK.
Ini pertemuan pertama. Dan aku ambil masa yang lama untuk mengecam dia.
Dia indah. Gayanya bersahaja. Manja dan nakal. Dia bawak aku pergi makan.makan sambil berbual .Lepas tu member dia call. Nak datang rumah katanya.
Dia hantar aku pulang tanpa kata sepatah. Dia blah. Dia hilang sampai sekarang.!nakharam

jumaat. 27.9.13

selesai discussion untuk projek machine design . aku sempat brunch kejap. berhot box bersama esaf dan mira.
perut kenyang,kami pulang.
lentang badan niat nak lena sampai petang.
capai telefon dail number abang.
sekali tembak dan abang return call.
dengan selamba.abang tanya nak balik kampung x?
apa lagi. aku dengan terkinja kinja jerit nak.nak!
capai tudung sarung kepala.ajak esaf hantar mc.

5.15 pm
sampai tbs.
naik ktm ke putra. sampai putra tunggu abang n kak ida datang jemput. sambil mencangak atas jejambat tuh.sempat la aku habeskan sebab KATARAK.

singgah mandi . makan kejap rumah kak ida.selesai kemaskan diri
kami (aku.abang. k.ida) berangkat pulang ke megat dewa.

3.00 am
arrived. Alhamdulillah.
sampai megat dewa dengan selamat.

28.9.13

misi mengecat rumah.
ambil berkat rumah baru siap. aku calit la cat sikit sikit.
ada jugak la air tangan aku.hihi.
tebgah hari. sedap la lunch. makan masakan mak.
puas hati. walau pulang dua hari saja. at least dapat belasah masakan mak cukup cukup.

29.9.13

sekarang ni. sedang menaip.
dalam kereta. otw balik melaka.

*pause*

published! mmuahh.





abaikan kualiti gambar. baca guna hati dengan hati hati.






Rasa iri. Bila lihat sepasang kekasih berkapok ke sana sini.

aku yang seorang diri terus menjeruk rasa perit di hati

Ditinggal kekasih yang entah ke mana dia pi

ahh. lantak dia. pergi mati.

langsung tak ingat aku kat sini

aku dah ralat menanti

luka melimpah. pedis hati berkudis






sumber.taipan aku yang semalam.



GEDIK UPDATE ENTRY NI KHAS UNTUK MENYATAKAN KETERUJAAN AKU.

SEBAB-ACAPRAHMAN-RT.




  1. awwhh tak payah nak terkedu sangat lah. haha thank you!
  2. 21h
     retweeted you
    18 Sep
    terkedu.subuh td sambar hp tgok RT tuit2 aku tuh.macam mimpi.kalu x salah acap ni slah sorg pnulis kiskenkorva jugak kn.
      17 Sep
      aku pulak syik usha dia yg sdang asyik baca sinopsis belakang buku.lama aku usha dia.haram dia tak sedar
      17 Sep
      dan tak ada orang pun yang promote zine tuh kat aku.niat aku cuma nak usha sorang lelaki yg asyik review buku apa tah.
      17 Sep
      mata aku lekat semata kat zine kulit hijau yang cun ni ja.bayar. dan blah. lecehnya tak leh pakai kat diskaun siswa la pulak.ahh.lantak lah
      17 Sep
      ada sejarah sendiri Kenapa aku terbeli koskenkorva di mph kelmarin. aku tak da niat nak capai pun buku tu.
      17 Sep
      ahh.aku give up.mata aku beralih kat rak buku depan aku.blinkk..mata aku merudum kat satu buku bercover hijau. cantik.ada tulis koskenkorva.
      17 Sep
      aku baca isi prut koskenkorva sekali lalu.terus jatuh hati pada zine kulit hijau tuh.aku capai terus bawa ke kaunter.
      17 Sep
      si laki yang aku usha tadi pun capai satu buku dan mnuju ke kaunter jugak. tapi kali ni mata aku tak lekat kt dia dah.
      17 Sep
      cantiknya kulit buku ni.macam nak beli muka depan saja.aku terus cpai dan baca isi perut dia sekali lalu
      17 Sep
      kini aku sedang membaca konskekorva yang aku jatuh cinta pandang pertama tu.tgok.dah terpengaruh dah ni. terimakasih



  1. HAI. nama aku azwa.

    **sila baca garis masa di bawah ini dari bawah ke atas. maklum lah copypes dari acc twitter.malas nak edit.**


    begitulah sejarahnya. kadang2 bnda yang buatkan kita teruja datang dengan tak sengaja.macam aku teruja baca karya terfaktab cc
  2. kini aku sedang membaca konskekorva yang aku jatuh cinta pandang pertama tu.tgok.dah terpengaruh dah ni. terimakasih
  3. mata aku lekat semata kat zine kulit hijau yang cun ni ja.bayar. dan blah. lecehnya tak leh pakai kat diskaun siswa la pulak.ahh.lantak lah
  4. si laki yang aku usha tadi pun capai satu buku dan mnuju ke kaunter jugak. tapi kali ni mata aku tak lekat kt dia dah.
  5. aku baca isi prut koskenkorva sekali lalu.terus jatuh hati pada zine kulit hijau tuh.aku capai terus bawa ke kaunter.
  6. cantiknya kulit buku ni.macam nak beli muka depan saja.aku terus cpai dan baca isi perut dia sekali lalu
  7. ahh.aku give up.mata aku beralih kat rak buku depan aku.blinkk..mata aku merudum kat satu buku bercover hijau. cantik.ada tulis koskenkorva.
  8. aku pulak syik usha dia yg sdang asyik baca sinopsis belakang buku.lama aku usha dia.haram dia tak sedar
  9. dan tak ada orang pun yang promote zine tuh kat aku.niat aku cuma nak usha sorang lelaki yg asyik review buku apa tah.
  10. ada sejarah sendiri Kenapa aku terbeli koskenkorva di mph kelmarin. aku tak da niat nak capai pun buku tu.



tak berganjak langsung aku.
dah tiga jam aku terlentang cam gini.
bergelap dalam bilik.
terasa kosong amat.
sambil di teman bunyik kipas usang
di belai comforter lusuh.
entah.
rasa kosong sangat kenapa ni.

ayuh bangkit usah mengelamun

ini bukan masa berangan lagi
ini masa berjuang kembali
pasakkan azam baru
mnuju matlamat satu.

berjihad kita mencari ilmu.
senjata cuma pena dan buku
wahai teman ingat pesan selalu;
usah kecewakan ayah ibu.

lima belas januari dua ribu dua  tiga belas. *digitkan ia,highlight ctrl+num lock*

pukul : 1203
lokasi : pusat cyber UTeM .PC155

sesungguhnya, aku hanya menipu perkara di atas itu. kih kih kih.
 mari mari mari. kita menaip tanpa ragu.
menaip sesuka hati tak  kira menipu atau merapu.
melahar suara hati tanpa rasa kelu.
mengadap monitor sambil senyum tanpa rasa malu,
melayan rasa dijiwa ditemani sinar sinar cahaya biru.
*ahh,mai mana cahaya biru pulak ni*
realitinya, terpacak sebatang pendafluor yang keluarkan cahaya putih saja di atas kepala ku.

gian nak menaip woit. sumpah, aku rasa macam a part of my nyawa telah terbang melayang bila laptop aku jahanam lingkop punah entah apa sebab pun aku tatau. sekarang dapat jugak aku melahar, ke main laju lagi aku menaip.

*pause*

ehh, korang yang tenga membaca ni. azwa nak mintak pendapat sikit lah.cam ne nak nasihat membe kita yang mulut puaka belaka nih ha? yang suka suki dia saja membabi kan orang. kalau nak babi kan dia balik. dah sama taraf je kita dengan dia kan. kalau nak di tegur cara bagus , nanti di katanya kita  ni menyibuk hal dia pulak.hurm,acane nih ha??



pukul:xpasti, pukul je sampai mati
tarikh : tak ingat.dalam minggu ni
lokasi : bus stand UTeM, dekat FKE tu..

munculah cepat bas,
aku nak balik nak ke tandas,
lagi lama aku tunggu lagi panas,
bikin aku jadi rimas.

terpacak aku sorang aku resah,
entah kenapa aku rasa aku dipandang macam sampah,
entah kenapa tiap saat aku rasa aku buat salah,
keluarkan aku dari rasa ini, aku gelisah

hey sang layang-layang sesat,
terbangkan aku,aku nak pulang cepat,
menunggu di sini bikin aku penat
lagi perit terpacak sorang diri tanpa sahabat.


*orang tunggu bas dengan kawan-kawan,boleh la besembang,merapu meraban,
aku. kawan? ahh.kawan ada ja,tp aku tak pandai nak besembang
. menulis ,bermonolog aku reti laa. sementara tunggu bas,aku capai pen biru sebatang,buku contengan,lalu aku meraban sorang2 dalam buku contengan itu.dan terhasil la karya di atas*



pukul brapa entah
5dec2012

kepada khalifah di planet ini juga planet asing,
daripada manusia dari planet bumi.
*alien juga di alu alu kan*

kau homosapien,
aku jugak homosapien.

daripada tanah kita mari,kepada tanah kita kembali.

sifat kita juga sama,kita tidak sempurna.
yang namanya khalifah,semestinya pernah ada khilaf.
aku ada salah,kau ada salah
aku bermasalah, kau juga pernah

tiba masa aku salah langkah,
bagi kau naik darah,
pantas aku mengalah
namun alahku tak diendah

khilaf aku seminggu
aku dihukum setahun
sampai kini aku tunggu
harap khilaf aku diampun.

malang aku terus terhukum.

semalam.
aku melepaskan diri  dari kurungan ilusi
yang aku cipta sendiri
bila aku rasa aku sunyi terperangkap dalam
sangkar ilusi ini.
aku pilih untuk melihat dunia luar,
yang penuh rona roni itu.
aku dengan tidak fikir panjang,
aku beli tiket light charity.

bersiaplah aku,mengenakan kurung ungu,
bersepatu kelabu,
aku menunggu limosin biru datang menjemputku,
malangnya yang datang bas utem yang kelabu itu
haha, apa boleh buat.itu ja yang mampu.

sampai sana,
aku dah mula rasa asing,
dengan bahasa mereka yang bagi aku pening,
aku lihat cahaya-cahaya terang di keliling
dengan bunyi bunyi bising
aku abaikan saja,walaupun pening
aku terus melyan kepala
cuba masuk ke dunia mereka
dan aku cuba ketawa melihat mereka.
namun terkadang aku rasa hiba.
ahh aku pun tidak tahu kenapa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...