Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers



NIK. MUNCUL DAN HILANG . VERSI TERPERINCI.


“Kata ahli Matematik perasaan itu hanya boleh diukur dengan satu nilai iaitu infiniti
Kata ahli fizik . perasaan itu ialah pantulan dari mata yang dibiaskan ke dalam hati.
Kata tukang kebun, perasaan itu bagaikan pokok bunga, kalau dibajai ia akan tumbuh mekar
Dan mewangi.”-Fitri Hussin,KATARAK-
Itu kata Fitri Hussin.

Kadang kadang perasaan yang kita tak mintak meresap ke dalam jiwa kita.
Bermula dengan satu perasaan yang indah kemudian bertukar menjadi sampah.
Perubahan rasa itu tanpa diketahui sebab musabah.
Itu perasaan haram jadah namanya.

Perasaan aku terhadap Nik. Pada mulanya indah.kenal kat We Chat.bukan kebetulan tapi ketentuan.
Dia kenalkan dirinya Nik. Dengan bermodalkan rupanya yang indah,aku jadi lemah.
Aku membalas sapaan dia. Dia punya sepasang kening yang sempurna,menggoyangkan iman aku sebagai wanita.aku lemah.
Tak sampai segenap hari kami kenal.berbual. dia terus ajak aku keluar.bosan katanya.
Dia Cuma ada Honda Bulat. Katanya. Aku percaya.
Aku bersiap,keluar rumah menanti NIK di balconi rumah. Tunggu punya tungu punya tunggu. Nik call,dah sampai kata dia. Aku usha keliling, tak da pulak Honda bulat. Cuma yang terparkir depanku sebuah Myvi putih bersport rim merah.
Terpakir di sisi kiriku pulak Gen2 turqoise. Dua dua pemandunya sedang bercakap telefon .Aku keliru.
Mana satu jantan NIK nih. Pandangan aku lebih tertumpu kepada Myvi di depan ku.
Aku merenung tajam kening pemandunya. Sah itu NIK.
Ini pertemuan pertama. Dan aku ambil masa yang lama untuk mengecam dia.
Dia indah. Gayanya bersahaja. Manja dan nakal. Dia bawak aku pergi makan.makan sambil berbual .Lepas tu member dia call. Nak datang rumah katanya.
Dia hantar aku pulang tanpa kata sepatah. Dia blah. Dia hilang sampai sekarang.!nakharam

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...