Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

22/11/2013
jumaat

cerita pasai tajuk di atas, chuai. chuai atau dalam melayu moden nya dieja sebagai CUAI

cuai.
cuai yang maha petaka.
bakal menyusahkan banyak pihak.
kekadang, aku tak mintak untuk dilahirkan untuk bersikap cuai begini.
aku mohon maaf kalian, atas kecuaian aku.
harap kau faham.
cuai ni perbuatan minda separa sedar.
banyak sangat berfikir.
banyak sangat berkhayal,
menyebabkan kita CUAI.


motif di celah celah gelap malam begini, aku lahirkan artikel pasai cuai ni bukanlah sekadar mahu buka pekung sendiri. sekadar berkongsi tabiat cuai aku ni. dah la selalu cuai atau kata mat saleh "CARELESS" selalu berkhayal, selalu lupa. oleh sebab habit aku yang annoyed CARELESS and FORGETFUL dan PARANOID . aku cuba singkap kenapa terjadi kat diri aku. kenapa mesti aku?
kenapa aku cepat nyanyuk, cepat latah. nak kata berumur, aku baru menyapa 20 tahun. 
macam yang berlaku pada aku hari ni, aku tinggal wallet aku merata,tinggal kat meeting room. aku lupa aku tinggal kat situ, ber jam kemudian baru aku ingat. masa tu mula nak gelabah. lagi, aku cuai masa isi borang semalam. aku tahu space tu untuk isi nama orang lain, tapi aku isi nama aku. masa aku tulis nama aku tu, aku di bawah minda separa sedar. fikiran aku bukan di situasi itu. complicated jugak masalah kepala hotakk aku ni.

sampai kekadang aku takut. takut dengan diri sendiri.


yang sering terjadi.
spek mata. aku kerap sangat lupa mana aku letak spek aku.
faktor utama, rabun aku yang dah sampai tahap rabun dewa lah kot. power spek 6.00 - 5.00.
walau depan mata saja spek tu, kalau aku tanggal spek memang tak nampak. mulalah cari merata
itu satu bab. 
satu lagi, tiap hari aku akan lupa mana aku tanggalkan spek aku.

jadi. aku pun google lah . kenapa manusia cepat lupa. dan ini yang aku jumpa

7 Sebab Kenapa Anda Boleh Mudah Lupa:-

Rehat yang kurang. Otak akan sihat jika kita dapat tidur yang mencukupi. Hasil kajian mengatakan seseorang yang tidur 6 jam sehari mungkin merasa cukup tidur tetapi bila dijalankan ujian memori mereka sukar untuk mengingat. Oleh itu, pertajam daya ingatan dengan rehat yang cukup. Amalkan tidur selama 6 minit jika berasa terlalu letih. Cara ini boleh memacu daya ingatan anda.
#INI MUNGKIN BETUL

Berdengkur. Berdengkur adalah disebabkan pernafasan terganggu ketika tidur. Disebabkan itu, oksigen sukar untuk sampai ke otak selama beberapa saat. Ini dapat menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’ sekaligus akan melemahkan daya ingatan. Kajian mengatakan majoriti yang berdengkur adalah lelaki. Faktor lain penyebab berdengkur adalah kenaikan berat badan dan berusia lebih dari 40 tahun. Dapatkan nasihat doktor untuk megelakkan anda dari berdengkur untuk meningkatkan kembali daya ingatan anda.
#TIPU. INI TAK BETUL. AKU TIDUR TAK BERDENGKUR PUN

Umur lebih dari 65 tahun. Pada usia ini, badan akan mengalami kesukaran untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan vitamin ini dapat melumpuhkan daya ingatan seseorang (alzheimer). Oleh itu, bagi yang usianya telah mencapai 65 tahun, cari cara untuk meningkatkan kadar vitamin B12 ini seperti mengambil suplemen.
#BUHONG. AKU UMUR 20 LAH


Depression (Kemurungan). Sel-sel otak seseorang yang mengalami depression ini mungkin akan terganggu. Malah jika depression yang di alami serius ia akan membunuh sel-sel otak sehingga melumpuhkan daya ingatan.
#HAIS. MANA ADA AKU DEPRSSION, AKU COOL JA

Mangambil pil tidur dan pil alergi. Ubat ini adalah untuk mengatasi masalah alergi dan tidur terganggu. Ubat ini juga boleh menyebabkan fungsi otak terganggu. Jadi, sebelum mengambil ubat ini anda haruslah mendapat nasihat dari doktor supaya daya ingatan tidak turut terganggu. Selain itu, pengambilan ubat-ubatan yang terlampau banyak juga akan menyebabkan anda berisiko untuk mengalami gangguan daya ingatan.
#MUHONG PAIT. AKU TAK AMBIK PIL TIDUR PUN

Kadar gula dalam darah tinggi. Kadar gula yang tinggi dalam darah menyebabkan penyimpanan memori terganggu. Anda dapat mengawal penyakit ini dengan selalu melakukan ujian darah untuk mengetahui kandungan gula dalam darah. Selain itu rajinlah anda bersenaman. Cegah lebih bagus dari berubat.
#BUHONG JUGAK. NAK KATA DARAH AKU MANIS. TAK JUGAK

Penurunan metabolisme. Anda mungkin mengalami masalah tiroid jika metabolisme badan anda menurun. Hormon tiroid ini mengawal metabolisme tubuh. Produksinya yang terlampau lebih ataupun kurang menyebabkan sel-sel otak terganggu sekaligus memperlahankan informasi yang hendak disampaikan kepada otak.
#INI AKU TAK PAHAM


entah kenapa muka aku macam hipokrit gila.


Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...