Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

HIPOKRATOKRONIK

aku tak pasti wujud ke tak kalimah ni dalam kamus dewan,
sebab kamus dewan pun aku jarang selak.
ini perkataan yang tiba tiba terpacul dari mulut aku,
munculnya secara tiba tiba setelah aku terbaca perkataan 'Platonik'
apa kaitan doe?
tak dak kaitan?
jadi,disini aku mahu mendifinisikan HIPOKRATOKRONIK mengikut fahaman aku.
fahaman aku terhadap 'Istilah' yang aku design sendiri.

Hipokratokronik berasal dari gabungan dua perkataan 'Hipokrit' dan 'Kronik' yang membawa makna satu penyakit hipokrit yang tahap kronik,

Hipokrit- mengikut apa yang aku faham, hipokrit adalah satu sifat atau penyakit rohani yang dialami oleh setiap manusia.mungkin. mungkin jugak tak semua manusia dimuka bumi ini berperangai hipokrit atau orang yang berpura2 ‘baik’ depan orang…tapi sebenarnya ada niat jahat. Atau buruk sangka…atau buat2 baik tapi dalan hati sebenarnya tak suka. Mesti korang pernah jumpa orang camtu kan? atau korang sendiri pernah jadi hipokrit, ala kau tak payah nak hipokrit la nak menipu aku.

aku faham.manusia ni kadang kadang terpaksa hipokrit demi menjaga hati sesetengah pihak.
macam aku,jujur aku kata.bila aku berdepan dengan puak parti A mahupun parti B aku hipokrit,selagi tak tahu kebenaran aku berpura pura menyokong kedua dua belah pihak. bukan apa, hipokrit dalam situasi ni bersebab. sebab pertama aku tak tahu kebenaran,sebab kedua aku tak punya fakta yang kukuh, sebab yang ketiga,aku tak mahu bertelagah.tak mahu bergaduh.

yang dikata hipokrit tahap kronik tu pulak,dia ni hipokrit nak mampos,depan2 pijak semut tak mati,belakang kutuk habisan. orang yang menghidap hipokrit tahap kronik punya hasad dengki,suka menuding jari,dan talam dua muka. dia punya hipokrit bukan main power lagi,berpura pura baik untuk dapatkan sesuatu,

jadi, hipokratokronik ni tak bagus sebenarnya.lebih baik jadi diri sendiri daripada berpura pura baik jadi mr./mrs perfect. sebab kita semua ni tak sempurna.

sekian.

insan yang hipokritakkronik sangat,
-Azwa-

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...