Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

Assalamualaikum. *Kepada pembaca Muslim*
Salam Sejahtera  *Kepada Non Muslim*


18/09/2016 - Ahad. 1.38 am

Dah lama sangat aku tak menulis ni kan. Biasalah sibuk sangat mengejar dunia, sampai kadang kadang tu terlupa, aku singgah ja kot kat dunia ni yang nak sibuk sibuk sangat buat apa kan. kadang sampai terlupa nak muhasabah diri . Tak seperti dulu. Dulu aku selalu menulis, apa apa aku rasa yang tak berapa nak kena dengan jiwa, yang apa apa aku rasa perlu di luahkan tak mampu di simpan aku tulis. Maka ketika menulis tu aku muhasabah diri sekali. aku tilik mana silap silap aku, tapi biasalah aku pun manusia, kadang kadang selalu ulang kesilapan yang sama.

 Kayuh basikal langgar satu lubang, tak semestinya hang tak akan langgar lubang lagi, hang tak tahu kat depan hang bukan setakat lubang, batas ubi, kayu melintang, paku atas jalan dan sesekali terlanggar bangkai. Yang orang selalu cakap 'malang tak berbau' tu kan.itulah dia hidup aku diibaratkan. hidup kau aku tak tahu, mungkin ibarat hidup kita tak sama. dan mungkin jugak sama.

********************************************************************************
Merujuk Topik/Tajuk di atas.

Apa sebenarnya yang aku nak sampaikan kalini adalah tentang pemerhatian aku terhadap pelayar pelayar media sosial zaman sekarang.

1. Pertelingkahan,Penularan wabak menyebar aib orang kian berleluasa.(Media sosial)
2. Budi bahasa sesama masyarakat kian tumpul.(Punca)

Mengupas kandungan #1.

Kalau kau seorang yang pelayar media sosial yang tegar, aku yakin kau mesti pernah terjumpa screenshot screenshot berunsur aib orang,berita berita yang goyah kesahihannya, dan gambar gambar gambar membuka aib orang. Aku masih tak faham dengan sikap/sifat manusia yang terlalu obses dengan kesilapan orang yang kadang kadang tu dia punya taksub nak mengecam silap orang sampai sanggup share dan tag kawan kawan yang lain untuk baca. ya aku faham mungkin tu satu bentuk hiburan dan mungkin aku pun pernah berbuat demikian secara tidak sedar. tapi tak rasa keterlaluan ke buat macam tu?. tak pernah terfikir kalau satu hari nanti, aib kau pulak orang viralkan. Ada jugak segelintir/ spesis yang sengaja menampakkan kebodohan untuk mendapatkan perhatian. tapi itu hal kau lah. nak bodoh sangat bodoh lah sorang sorang, jangan nak libatkan masyarakat lah kalau boleh.

Contoh 1:Stigma masyarakat terhadap pesalah pesalah bahasa di applikasi 'We Chat'.
Dalam dua tiga harini memang penuh susurmasa Twitter dan Facebook dengan screenshot post post yang jujur cakap memang agak 'jahanam jahanam' jugaklah bahasa dia. Tapi kita ni sapa nak mengkritik membabi buta penulisan orang. Kita pun pernah jadi budak, kita pun pernah buat silap.  Jadi kenapa perlu kecam dengan menyebarkan penulisan penulisan mereka tersebut. Aku tak letak sepenuhnya salah pada si penyebar, dan aku jugak tidak berniat mempertahankan 'perosak2' bahasa itu. cuma perkaitan nya di sini, si pelaku/si pesalah ni dua kali lima saja. Dah kau tahu yang menulisnya tu budak budak, yang kau nak kecam dia teruk teruk tu dah kenapa. Kau tak pernah jadi budak?. Dah kau tahu vocab nye salah,betulkan lah diam diam.kenapa perlu di sebar sebarkan untuk buat bahan. dah takda bahan hiburan lain lagi dah?

aku boleh bagi satu saja contoh. kalau bagi banyak contoh, banyak pulak nak kena kupas. kalau banyak nak kena kupas, banyak pulak masa aku nak menulis panjang panjang kan.

Kesimpulan kecil, aku sekadar boleh melontar pendapat saja kat sini, mana boleh nak tegur orang setiap salah orang yang aku rasa dia salah dan tak patut buat macam tu. Sebab zaman sekarang,hang tegur benda betul hang dituduh bajet bagus.Tapi kalau hang sebarkan benda yang tak baik, nescaya hang akan cepat naik. Dan sebab itu jugaklah terbit idea untuk aku menamakan artikel ini dengan 'KITA BETULKAN DULU JALAN HIDUP KITA'. Aku mengambil langkah untuk menilai hidup aku terlebih dahulu sebelum aku perbetulkan orang yang aku rasa dia tak betul. Aku masih hormat pendirian dan pendapat orang lain, kerana aku tahu seribu manusia punya seribu satu macam ragam.

Sebelum aku akhiri artikel ini, ada sebuah cerita lagi ingin aku kongsi bersama pembaca pembaca.
Ini pasal aku la.

Sejak akhir akhir ni, aku banyak habiskan masa beraktiviti sorang sorang, mungkin dari dulu lagi aku terbiasa menyendiri dan memerhati kelompok kelompok manusia sampai aku tak sedar, di saat aku memerhati kelompok manusia itu, masyarakat juga memerhati gerak geri aku yang 'sendiri'.

Stigma masyarakat terhadap 'forever alone' bahasa mudahnya penyendiri.

ada dua tiga sahabat bertanya pada aku, "Kau boleh buat apa apa pergi mana mana sorang sorang?, sedang kau boleh ajak kawan kawan,kau bukan takda kawan".

Ada sebab kenapa aku menyendiri, 
dan ada masa aku bersama kawan kawan.

bagi aku, kalau bersama kawan kawan ni,ada possibility nak mengumpat orang, nak bergossip,nak bercakap benda sia sia. jadi, bagi lah aku masa untuk aku menendiri. bercakap dengan alam, dan mengenal diri sendiri. tak salah kan aku. Aku tak pernah berasa sedih langsung bila menyendiri, sebab aku bukan nya diam terus, tak bermasyarakat, bila keluar pergi mana mana sorang,aku tegur ja pakcik makcik akak abang yang ada kat situ. mengenal orang baru. lagi baik dari hadap kau muka sama, perangai sama tuh.haha.

Sekian.

Pembaca punya hak menilai saya, dan punya hak mengkritik pendapat saya.
Cuma kalian tak punya hak untuk menentukan jodoh, maut, Qada' dan Qadar saya. itu ja.








Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...