Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers


Tanya sama pokok,kenapa bergoyang.. nanti pokok bilang ada monyet yang goncang…~”, berkumandang nada dering  telefon bimbit zara. Dia amat menggilai lagu ‘Tanya Pada siapa yang didendangkan oleh band Angelika. Dibiarkan lama smartphone SAMSUNG Galaxy Acenya berdering. Zara memang sengaja membiarkan telefonnya berdering lama kerana dia malas untuk menjawab sebarang panggilan pada hari tersebut. Insiden memalukan  yang terjadi di kampusnya pagi tadi telah menjejaskan emosi  Zara seharian ini.
****
“streeeeetttttt….”mendecit break kecemasan yang dilakukan seorang  mamat yang memecut laju motosikal  Yamaha LC nya di jalan Intelek yang menuju ke selatan kampus UTeM. Entah apa yang dikejarnya, sampaikan moto yang ditunggangnya dipecut macam pelesit.

Zara yang hendak melintas jalan di lintasan zebra tiba-tiba terlompat dan berterabur fail-fail yang dijinjitnya di atas jalan kerana terkejut ketika mamat pelesit  yang hampir melanggarnya tadi membreak kecemasan seinci lagi dengannya. “Hoi, hang hilang akai ka!  buta ka hapa? Tak Nampak ka nih laluan pejalan kaki..dah tak boleh slow ka moto hang tuh?!”  tempik Zara betol-betol di pintu telinga mamat pelesit  yang hampir melanggarnya tadi. Paaannnnggg…! Satu tamparan dari tangan kecil Zara hinggap ke muka mamat pelesit itu. Tak cukup dengan tempikan, zara yang secara buta tulinya menampar  sedaih pipi Mamat pelesit itu  tabiat melatah Zara telah menyebabkan dia tidak sedar yang dia telah menampar muka mamat pelesit itu secara tidak sengaja kerana terperanjat dek motosikal yang hampir melanggarnya.
“Err… awak, maaf.. maafkan saya, saya tak sengaja, saya nak cepat saya dah terlambat nak masuk kelas nih”  balas mamat pelesit itu kepada zara sambil mengutip fail-fail yang berterabur dan terus berlalu pergi tanpa bicara lebar.
Zara yang terkaku di tengah jalan, dikerumuni kawan-kawan sekelasnya. Dia yang masih terkejut dengan insiden sebentar tadi, ditenangkan oleh Hana kawan sebiliknya.
***
“hoi, ngelamun apa?Dah la tuh. Mamat tuh tak langgar hang pon tadi, tak pasai ja dia kena penampaq sulong sedaih dari hang” ucap Hana dalam pelat Kedahnya yang menyedarkan lamunan Zara.
Zara yang mengelamun terus tersedar dan menampar muka nya dua tiga kali . “Ishkk, bodohnya aku, awat aku tampar dia tadi, dia bukan langgar aku pun lagi” bisik Zara.
“Hana, hang kenai dak mamat pelesit yang nak belah aku pagi tadi?” Tanya Zara kepada Hana,roommate yang juga senegeri dengannya.
“mana la aku kenai,tapi aku rasa dia Fakulti Elektrik kot”sahut Hana yang sedang sibuk melayan reality show kegemarannya ‘Running Man’.
“hang nih,aku pun tau dia budak elektrik dah pakai labcoat FKE.tok sah habaq la yang tuh” balas Zara dalam pekat Kedahnya.
Hana dah tidak memberi  sebarang respons terhadap kata-kata Zara,kejap dia tergelak terlolong sorang-sorang akibat tengok Running Man. Entah apa la yang menggeli ketiaknya.
“Ahh.. lantak lah sapa dia pun, aku harap, aku tak terserempak lagi dengan mamat tuh, kalau terjumpa jugak mau tebai setebai yellow pages muka aku nih”.. monolog Zara sendirian, dia malas memikirkan tentang insiden yang telah berlaku pagi tadi. Zara terus mencapai tuala bercorak Transformers nya itu dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai Solat Isyak, Zara mencapai Tafsir Al-Qurannya yang bewarna kuning itu lalu dibacanya beberapa surah Al- Mulk dan Al- Waqiah. Sudah menjadi kebiasaannya membaca surah-surah itu sebelum dia tidur.
Selesai mengaji, Zara mengemas lecture note ‘Fluid Mechanics’ yang bersepah di atas meja belajarnya. Dia membatalkan niatnya untuk mengulangkaji pelajaran malam ni disebabkan fikirannya yang tiba-tiba teringatkan insiden pagi tadi.
Zara, menuju ke katilnya, dengan niat  mahu tidur awal malam ni. Niatnya terbantut bila melihat room-matenya sedang menghadap lappy masing-masing, ada yang sedang menyiapkan assignment, ada jugak yang sedang sibuk facebooking and twittering. Tangan sZara pantas plug in lappynya, “hurmmm…usha blog dulu lah before tidoq sambil blogwalking dua tiga tapak, then tidoq”bisik hatinya sendirian. Terpapar  ‘Windows starting’ di muka lappynya, pantas dia memasukkan kata laluannya *inilenovoakupunya* .
Diterjah Zara http://extremegenetic.blogspot.com  blog kepunyaannya sendiri,lagu Perfect Two-Auburn berkumandang apabila blognya terpapar.Walaupun ada bahan baru untuk dimuatkan di dalam lamannya, Zara rasa amat malas nak update cerita baru di blog nya, kerana emosinya tidak begitu stabil.
Anak matanya tersorot ke ruangan shoutbox blognya, dia tertarik dengan seorang pengunjung yang meninggalkan tiga patah kata sinis “garanglah awak ni!” di ruangan shoutboxnya.   pengunjung itu meletak nicknamenya ‘pelesit’. Dengan pantas jarinya klick di nama tersebut yang juga merupakan pautan untuk link blogger tersebut. Lantas, terpaparlah newtab yang memaparkan blog kepunyaan si ‘pelesit’ itu.
Zara merasa seperti Deja-vu setelah terbaca tajuk entry pemilik blog tersebut

PIPI AKU MAKIN BER SERI SETELAH DITAMPAR SI AWEK CUN PAGI TADI’.

awak, maaf sebab hampir nak langgar awak pagi tadi, maaf sekali lagi sebab blah macam tu saja. Sebenarnya, saya baru lega dari demam campak, awak tak sedar ka masa awak tampar saya tuh,muka saya penuh dengan biji parut campak. Selamba je awak tampar sayakan, tak takut jangkit ke awak? Kalau awak kena demam campak jangan salahkan saya pulak ye.. hee. Awak yang saya tak kenal, saya nak ucapkan terima kasih sebab tampar saya pagi tadi. Alhamdulillah, parut campak di muka saya kian hilang mungkin disebabkan tamparan dari tangan comel awak tuh.. awak pelik ea camne saya boley jumpe blog awak? Sebenarnye..saya terperasan link blog awak kat lecture note static n dynamic awak yang penuh dengan contengan tu..sory yer wak tak sengaja ternampak. Awak,saya harap saya dapat terserampak dengan awak lagi nanti J..hihii”

Merah padam muka Zara setelah membaca entry ringkas dari mamat pelesit tersebut. tersentap bagai nak luruh paru-parunya. Terus dia menuju ke bilik air untuk menyamak tangannya. “Sha, nak samak macam mana?aku nak samak tangan aku nih”. Tanya Zara, riuh bilik nya. “woi, hang pegang natang haram apa?babi ka anjing sampaiy nak samak segala bagai?. Sahut roommate nya sambil tergelak berdekah dekah. “eh, bukan tu la.. aku takut terkena chicken pox..pagi tadi aku tertampar,pipi mamat wak moto laju tuh. Dia baru lega chicken pox,nanti tak pasai ja aku kena chicken pox jugak”.
Masing-masing tertanya-tanya, boleh berjangkit ke kalau kes macam tu.??
Zara yang masih dalam kebingungan amat menyesal dengan tindakannya pagi tadi, sambil menyumpah mamat pelesit itu “kalau aku kena chicken pox nih, aku nak saman kau!”
Niatnya untuk stalk blog si mamat pelesit itu terbantut, apabila biliknya blackout secara tiba-tiba setelah dia habes membaca isi latest entry di blog mamat pelesit tersebut. Zara mencabut segala wayar yang bercamuk di hujung kepala katil, lalu simpan lappynya di bawah katil.
Dengan mata yang sudah lali, Zara menarik selimut lalu menidurkan dirinya.  Kroiih..kroihh..~ bunyi dengkuran seorang roomatenya menganngu tidur Zara. Mahu saja dia penyet hidung tinggi si pendengkur  tersebut. Zara menyumbat lubang telinga nya dengan earphone,setelah punat playbutton di MP4 dipicitnya,lagu The Book Of Morrris Johnson nyanyian Zee Avi berkumandang di telinganya. Zee Avi seolah mendodoikan Zara dengan lagunya yang layu itu. Zara terus terlena,hanyut dibuai mimpi.
****
Beng! Beng Beng! Pum pang pum Pang!!dushk dushk..  alarmnya bising berbunyi,dah macam bunyi perang-perang dalam cerita The Expandables, Zara snoozekan alarmnya, dia memang liat untuk bangun pagi. “Hey, bisinglah alarm hang!”. Tempik Hana, terkejut dengan tempikan Hana, Zara terus mencapai telefon bimbitnya, Jam di handphonenya sudah menunjukkan pukul 7 pagi. dia bingkas bangun mencapai tuala di kepala katil. Bergegas ke bilik air. Menjadi rutin harian Zara, dia akan membuang air besar pada waktu pagi. Setelah selesai mandi,dan mengambil wuduk, Zara menyempurnakan solat Subuhnya pada pukul 7.15 pagi,Subuh gajah lah ceritanya.
Tergopoh-gopoh dia bersiap untuk ke kelas. Dicapainya sepasang jeans bewarna biru seasons dan sehelai T-shirt Merah berconteng Pak Mad Cafe lalu dipakainya,tudung light brown AdiJuma nya disarungkan ke kepala.Labcoat Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang tersangkut di dinding sebelah meja belajar pantas dicapai dan disarungkan ke tubuh genitnya itu.
Berlari-lari anak dia menuruni tangga rumahnya, sampai saja di muka pintu rumahnya, Bas UTeM yang sering berkhidmat kepadanya untuk ke kampus,berlalu pergi meninggalkan Zara. Zara mengejar bas,namun tindakannya tidak diendahkan drebar bas tersebut. Zara mengambil keputusan berjalan kaki saja ke kampus hari ini kerana kelasnya pada pukul 8 pagi di Cubic,kampus industri ,tidak jauh dengan kolej kediamannya. Jam sudah menunjukkan 7.50 pagi, Zara mula gelisah kerana Ms.lala ,lecturer subjek C++ nya akan mengunci pintu bilik kuliah tepat jam 8.00 pagi. Mana-mana pelajar yang datang lewat tidak akan diambil kira attendance nya pada hari tersebut.
Sedang Zara berlari-lari anak menuju ke kampusnya…’Pinn…Pinnn’…datang sebuah motosikal Yamaha LC menge’Pin’ di belakangnya. “ohh mak kau beranak lam kretapi”..bunyik Zara yang tetiba melatah dek terkejut dengan kehadiran motosikal tersebut.
Pantas Zara menoleh ke belakang, dilihatnya mamat yang ditamparnya dalam insiden pagi semalam sedang tersengih laksana kasut koyak bertentangan denganya. Merah padam muka Zara, malu,marah dan  geram dengan insiden pagi semalam masih lagi berbaki.
“Ahh,dah kenapa pulak tiba-tiba ja kau muncul malaun betol lah” bisik hatinya..bibirnya membeku, lidah terkelu.
“ Eh, awak nape tercegat lagi tang tuh haa?dah lambat kan,jom orang p hantaq awak”, pelawa si mamat pelesit itu kepada Zara dalam pelat utara seolah-olah mengajuk Zara yang memang sediakala pekat loghat Kedahya. Rupanya, si mamat pelesit itu sudah ternampak gelagat Zara mengejar bas sedari Zara ditinggal bas tadi.
Zara tanpa bicara terus melangkah naik motosikal Yamaha LC 4stroke milik mamat pelesit itu. Brooommm..meluncur laju jentera beroda dua tersebut. Tak sampai 2 minit,si penunggang memberhentikan motosikal miliknya di hadapan Cubic,kampus industry. Lantas si pembonceng turun dari motosikal dan terus meluru masuk ke kawasan kampus, dalam fikiran Zara,dia amat risau jika Ms.Lala betol-betol mengunci pintu bilik kuliah. Tanpa sepatah bicara,tanpa mengucap kata terima kasih,tanpa menanggalkan helmet di kepalanya, Zara terus berlari menuju bangunan hijau berbentuk kiub yang menempatkan bilik kuliah untuk kelas C++ nya.
7.58 pagi.
Tiba di pintu masuk bangunan itu… “Awakkk!!..helmet orang, awak simpan ehh,orang nak jumpa awak lagi!!”  sayup kedengaran tempikan si mamat  itu dari jauh. Terdengar pekikan itu Zara meraba kepalanya “Allah, aku terlupa tanggal helmet dia pulak”,
Zara menekan punat lif untuk naik ke bilik kuliahnya..sebaik saja pintu lif terbuka.
Tuuummmmmmm!!..satu dentuman kuat telah mengejutkan Zara, kedengaran dentuman itu dari luar kampusnya. Zara merasa ada sesuatu yang buruk dah berlaku. Dia membatalkan niatnya untuk melangkah masuk ke dalam lif yang sudah ternganga di hadapannya.
Zara berlari keluar dari bangunan tersebut, dilihatnya ada sebuah lori pasir yang melintang di tengah jalan berhadapan dengan pondok guard kampus industri dengan sebuah motosikal yang familiar di matanya terpelanting jauh dari lori tersebut. Lori pasir tersebut yang hilang kawalan telah merempuh si penuggang motosikal yang ingin keluar dari simpang jalan kampus industri . Terlihat lima enam orang yang berada di tempat kejadian. Zara tanpa menghiraukan sesiapa terus berlari ke arah motosikal yang terpelanting jauh dari lori tersebut. “ya Allah,awak! Apa dah jadi ni?!” Semuanya terjadi tanpa di duga..Zara menjadi bingung,pabila melihat sekujur tubuh tersadai layu di pinggir jalan. Orang ramai mula mengerumuni mangsa kemalangan terbabit.namun, masing-masing hanya mampu melihat kerana takut untuk mengalihkan jasad tersebut. polis,ambulan mahupun pihak pertahanan awam belum tiba di tempat kejadian. Zara beranikan diri untuk mendekati jasad yang tidak pasti samada masih bernyawa ataupun tidak.
 Zara yang pernah menyertai Kursus Pertolongan cemas sewaktu di sekolah menengah dulu, mengaplikasikan ilmunya untuk membantu mangsa tersebut. Dia ingin memberikan bantuan pernafasan kecemasan untuk mangsa. Dengan berhati-hati Zara menanggalkan topi keledar di kepala mangsa. Di dongakkan sedikit kepala mangsa,diperiksa Zara nadi mangsa,masih berdenyut,di ampu nya tubuh mangsa dengan penuh hati-hati. “sorang call 911 sekarang!. Arah Zara tegas sebelum dia melakukan CPR ke atas mangsa. Ditekannya dada mangsa dua tiga kali,di hembusnya di mulut mangsa. Bantuan pernafasan yang dilakukan Zara amat membantu mangsa untuk tersedar dari pengsan.
Lima minit kemudian, skuad rescue 911 tiba di tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Mangsa yang parah terus di kejarkan ke hospital. Zara turut menemani mangsa ke hospital.
sepanjang perjalanan Zara Cuma mampu menangis,dia teringat kembali,insiden pagi semalam. Takdir telah menentukan pertemuan pertama mereka dalam insiden yang tidak di duga semalam, dan untuk sekali lagi, takdir telah menemukan mereka hari ini.
“awak,orang tidak kenal awak, awak pun tak sempat kenal orang..orang tak sempat nak cakap terima kasih kat awak pun, awak sedarlah.. semoga tak ada apa-apa yang buruk terjadi kat awak”..ratap Zara di dalam ambulans.
****
Sudah seminggu Si mamat yang dipanggilnya pelesit itu, terlantar di ICU (Intensive Care Unit) atau unit rawatan rapi Hospital Besar Melaka. Setiap hari Zara akan datang melawat dia. Zara masih rasa bersalah atas kejadian yang menimpa si mamat tersebut.
Tiap hari jugak dia akan stalk blog kepunyaan si mamat tersebut
http://budakpenghidupjalan.blogspot.com Zara melihat profil pemilik blog tersebut.

Muhammad adam Danish b. mohd hanif
20tahun
Johor bharu.
Bachelor in Electrical Engineering(power) UTeM

“Adam danish, sedap nama kau..aku harap kau cepat-cepat sedar dari koma, aku janji lepas ni tak akan panggil kau pelesit lagi” rayunya sendirian.

Setelah dua minggu terlantar koma di Unit rawatan rapi, Adam Danish dipindahkan ke wad biasa. Doctor mengesahkan Adam mengalami komplikasi di bahagian medulla oblongata dan otak kirinya yang menyebabkan Adam hilang short term memory nya. Doktor tidak menjamin bila ingatan Adam akan pulih.

“Awak,, awak dah sedar.. Alhamdulillah, saya datang nak pulangkan helmet awak ni.”kata Zara dengan ceria kepada Adam.

“Ahh.. kau sapa?helmet?..helmet aku ke ni? Tengking Adam kepada Zara sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal..

“Adam,! Awak tak ingat orang!,?..

Tiap hari Zara akan ziarah Adam di hospital ,walaupun Adam langsung tak ingat, sapa Zara. Zara tak pernah putus asa.Zara terus berusaha untuk pulihkan ingatan Adam..

“Awak,sudah la.. orang tak kenal awak.. awak pegi maen jauh-jauh”-Adam

“hey pelesit! Orang taknak pegi,. Dulu awak yang cakap nak jumpa orang lagi..awak cuba ingat balik-Zara

“orang tak kenal awak! Xfaham ke?”-Adam.

“Ok,fine.. nak kenal sangat kan, nama orang Zara nur Azwa Megat Manaf ,selamat berkenalan.Muhammad Adam Dansih Mohd.Hanif!

“Awak baca nih!!”, ini awak yang tulis Zara menghulur Ipad miliknya ke tangan Adam..cuba ingat balik!paksa Zara lagi.

‘ PIPI AKU MAKIN BER SERI SETELAH DITAMPAR SI AWEK CUN PAGI TADI’.
awak, maaf sebab hampir nak langgar awak pagi tadi, maaf sekali lagi sebab blah macam tu saja. Sebenarnya, saya baru lega dari demam campak, awak tak sedar ka masa awak tampar saya tuh,muka saya penuh dengan biji parut campak. Selamba je awak tampar sayakan, tak takut jangkit ke awak? Kalau awak kena demam campak jangan salahkan saya pulak ye.. hee. Awak yang saya tak kenal, saya nak ucapkan terima kasih sebab tampar saya pagi tadi. Alhamdulillah, parut campak di muka saya kian hilang mungkin disebabkan tamparan dari tangan comel awak tuh.. awak pelik ea camne saya boley jumpe blog awak? Sebenarnye..saya terperasan link blog awak kat lecture note static n dynamic awak yang penuh dengan contengan tu..sory yer wak tak sengaja ternampak. Awak,saya harap saya dapat terserampak dengan awak lagi nanti J..hihii”
                                                                                                                                                                                                                                                                        -Adam danish-

Zara menahan sebak., dia berlalu pergi meninggalkan Adam yang masih terpinga-pinga membaca entry yang ditulisnya sendiri satu ketika dahulu, Zara melekatkan sekeping nota di helmet yang dipulangkannya kepada Adam.

awak,saya akan sentiasa berdoa agar ingatan awak kembali pulih,maafkan saya atas segalanya,semoga takdir temukan kita seperti pertemuan pertama kita sekali lagi”…
-Zara nur Azwa-


*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata*
*terima kasih kerana sudi membaca,cerpen sulung dari aku yang baru belajar mengarang*





Comments (4)

On October 26, 2012 at 9:21 PM , tatyzatis said...

permulaan yang bagus ! ahhaaa teruskan lagi..saya akan sentiasa membaca :)

 
On October 27, 2012 at 1:15 AM , Aliff Haikal said...

Arghhhhhh mcm real lah cerita ni ! :"(

 
On October 27, 2012 at 4:24 PM , khairulsyarafi said...

boleh tahan gak laaa...sempat gak laaa feeling jap baca..heh..good start :D...keep it up :)

 
On October 28, 2012 at 3:48 AM , Unknown said...

wahh . bagus ! :D

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...