“Tanya sama
pokok,kenapa bergoyang.. nanti pokok bilang ada monyet yang goncang…~”,
berkumandang nada dering telefon bimbit
zara. Dia amat menggilai lagu ‘Tanya Pada siapa yang didendangkan oleh band
Angelika. Dibiarkan lama smartphone SAMSUNG Galaxy Acenya berdering. Zara
memang sengaja membiarkan telefonnya berdering lama kerana dia malas untuk
menjawab sebarang panggilan pada hari tersebut. Insiden memalukan yang terjadi di kampusnya pagi tadi telah
menjejaskan emosi Zara seharian ini.
****
“streeeeetttttt….”mendecit break kecemasan yang dilakukan
seorang mamat yang memecut laju
motosikal Yamaha LC nya di jalan Intelek
yang menuju ke selatan kampus UTeM. Entah apa yang dikejarnya, sampaikan moto
yang ditunggangnya dipecut macam pelesit.
Zara yang hendak melintas jalan di lintasan zebra
tiba-tiba terlompat dan berterabur fail-fail yang dijinjitnya di atas jalan
kerana terkejut ketika mamat pelesit
yang hampir melanggarnya tadi membreak
kecemasan seinci lagi dengannya. “Hoi, hang hilang akai ka! buta ka hapa? Tak Nampak ka nih laluan
pejalan kaki..dah tak boleh slow ka moto hang tuh?!” tempik Zara betol-betol di pintu telinga mamat
pelesit yang hampir melanggarnya tadi. Paaannnnggg…!
Satu tamparan dari tangan kecil Zara hinggap ke muka mamat pelesit itu. Tak
cukup dengan tempikan, zara yang secara buta tulinya menampar sedaih pipi Mamat pelesit itu tabiat melatah Zara telah menyebabkan dia
tidak sedar yang dia telah menampar muka mamat pelesit itu secara tidak sengaja
kerana terperanjat dek motosikal yang hampir melanggarnya.
“Err… awak, maaf.. maafkan saya, saya tak sengaja, saya
nak cepat saya dah terlambat nak masuk kelas nih” balas mamat pelesit itu kepada zara sambil
mengutip fail-fail yang berterabur dan terus berlalu pergi tanpa bicara lebar.
Zara yang terkaku di tengah jalan, dikerumuni kawan-kawan
sekelasnya. Dia yang masih terkejut dengan insiden sebentar tadi, ditenangkan
oleh Hana kawan sebiliknya.
***
“hoi, ngelamun apa?Dah la tuh. Mamat tuh tak langgar hang
pon tadi, tak pasai ja dia kena penampaq sulong sedaih dari hang” ucap Hana
dalam pelat Kedahnya yang menyedarkan lamunan Zara.
Zara yang mengelamun terus tersedar dan menampar muka nya
dua tiga kali . “Ishkk, bodohnya aku, awat aku tampar dia tadi, dia bukan
langgar aku pun lagi” bisik Zara.
“Hana, hang kenai dak mamat pelesit yang nak belah aku pagi
tadi?” Tanya Zara kepada Hana,roommate yang juga senegeri dengannya.
“mana la aku kenai,tapi aku rasa dia Fakulti Elektrik
kot”sahut Hana yang sedang sibuk melayan reality show kegemarannya ‘Running
Man’.
“hang nih,aku pun tau dia budak elektrik dah pakai
labcoat FKE.tok sah habaq la yang tuh” balas Zara dalam pekat Kedahnya.
Hana dah tidak memberi
sebarang respons terhadap kata-kata Zara,kejap dia tergelak terlolong sorang-sorang
akibat tengok Running Man. Entah apa la yang menggeli ketiaknya.
“Ahh.. lantak lah sapa dia pun, aku harap, aku tak
terserempak lagi dengan mamat tuh, kalau terjumpa jugak mau tebai setebai
yellow pages muka aku nih”.. monolog Zara sendirian, dia malas memikirkan
tentang insiden yang telah berlaku pagi tadi. Zara terus mencapai tuala
bercorak Transformers nya itu dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Usai Solat Isyak, Zara mencapai Tafsir Al-Qurannya yang
bewarna kuning itu lalu dibacanya beberapa surah Al- Mulk dan Al- Waqiah. Sudah
menjadi kebiasaannya membaca surah-surah itu sebelum dia tidur.
Selesai mengaji, Zara mengemas lecture note ‘Fluid
Mechanics’ yang bersepah di atas meja belajarnya. Dia membatalkan niatnya untuk
mengulangkaji pelajaran malam ni disebabkan fikirannya yang tiba-tiba
teringatkan insiden pagi tadi.
Zara, menuju ke katilnya, dengan niat mahu tidur awal malam ni. Niatnya terbantut
bila melihat room-matenya sedang menghadap lappy masing-masing, ada yang sedang
menyiapkan assignment, ada jugak yang sedang sibuk facebooking and twittering.
Tangan sZara pantas plug in lappynya, “hurmmm…usha blog dulu lah before tidoq
sambil blogwalking dua tiga tapak, then tidoq”bisik hatinya sendirian.
Terpapar ‘Windows starting’ di muka
lappynya, pantas dia memasukkan kata laluannya *inilenovoakupunya* .
Diterjah Zara http://extremegenetic.blogspot.com blog kepunyaannya sendiri,lagu Perfect
Two-Auburn berkumandang apabila blognya terpapar.Walaupun ada bahan baru untuk
dimuatkan di dalam lamannya, Zara rasa amat malas nak update cerita baru di
blog nya, kerana emosinya tidak begitu stabil.
Anak matanya tersorot ke ruangan shoutbox blognya, dia
tertarik dengan seorang pengunjung yang meninggalkan tiga patah kata sinis
“garanglah awak ni!” di ruangan shoutboxnya.
pengunjung itu meletak
nicknamenya ‘pelesit’. Dengan pantas jarinya klick di nama tersebut yang juga
merupakan pautan untuk link blogger tersebut. Lantas, terpaparlah newtab yang
memaparkan blog kepunyaan si ‘pelesit’ itu.
Zara merasa seperti Deja-vu setelah terbaca tajuk entry
pemilik blog tersebut
‘ PIPI AKU MAKIN BER SERI SETELAH DITAMPAR SI AWEK CUN
PAGI TADI’.
“awak, maaf sebab
hampir nak langgar awak pagi tadi, maaf sekali lagi sebab blah macam tu saja.
Sebenarnya, saya baru lega dari demam campak, awak tak sedar ka masa awak
tampar saya tuh,muka saya penuh dengan biji parut campak. Selamba je awak tampar
sayakan, tak takut jangkit ke awak? Kalau awak kena demam campak jangan
salahkan saya pulak ye.. hee. Awak yang saya tak kenal, saya nak ucapkan terima
kasih sebab tampar saya pagi tadi. Alhamdulillah, parut campak di muka saya
kian hilang mungkin disebabkan tamparan dari tangan comel awak tuh.. awak pelik
ea camne saya boley jumpe blog awak? Sebenarnye..saya terperasan link blog awak
kat lecture note static n dynamic awak yang penuh dengan contengan tu..sory yer
wak tak sengaja ternampak. Awak,saya harap saya dapat terserampak dengan awak
lagi nanti J..hihii”
Merah padam muka Zara setelah membaca entry ringkas dari
mamat pelesit tersebut. tersentap bagai nak luruh paru-parunya. Terus dia
menuju ke bilik air untuk menyamak tangannya. “Sha, nak samak macam mana?aku
nak samak tangan aku nih”. Tanya Zara, riuh bilik nya. “woi, hang pegang natang
haram apa?babi ka anjing sampaiy nak samak segala bagai?. Sahut roommate nya
sambil tergelak berdekah dekah. “eh, bukan tu la.. aku takut terkena chicken
pox..pagi tadi aku tertampar,pipi mamat wak moto laju tuh. Dia baru lega
chicken pox,nanti tak pasai ja aku kena chicken pox jugak”.
Masing-masing tertanya-tanya, boleh berjangkit ke kalau
kes macam tu.??
Zara yang masih dalam kebingungan amat menyesal dengan
tindakannya pagi tadi, sambil menyumpah mamat pelesit itu “kalau aku kena
chicken pox nih, aku nak saman kau!”
Niatnya untuk stalk blog si mamat pelesit itu terbantut,
apabila biliknya blackout secara tiba-tiba setelah dia habes membaca isi latest
entry di blog mamat pelesit tersebut. Zara mencabut segala wayar yang bercamuk
di hujung kepala katil, lalu simpan lappynya di bawah katil.
Dengan mata yang sudah lali, Zara menarik selimut lalu
menidurkan dirinya. Kroiih..kroihh..~
bunyi dengkuran seorang roomatenya menganngu tidur Zara. Mahu saja dia penyet
hidung tinggi si pendengkur tersebut.
Zara menyumbat lubang telinga nya dengan earphone,setelah punat playbutton di
MP4 dipicitnya,lagu The Book Of Morrris Johnson nyanyian Zee Avi berkumandang
di telinganya. Zee Avi seolah mendodoikan Zara dengan lagunya yang layu itu.
Zara terus terlena,hanyut dibuai mimpi.
****
Beng! Beng Beng! Pum pang pum Pang!!dushk dushk.. alarmnya bising berbunyi,dah macam bunyi
perang-perang dalam cerita The Expandables, Zara snoozekan alarmnya, dia memang
liat untuk bangun pagi. “Hey, bisinglah alarm hang!”. Tempik Hana, terkejut
dengan tempikan Hana, Zara terus mencapai telefon bimbitnya, Jam di
handphonenya sudah menunjukkan pukul 7 pagi. dia bingkas bangun mencapai tuala
di kepala katil. Bergegas ke bilik air. Menjadi rutin harian Zara, dia akan
membuang air besar pada waktu pagi. Setelah selesai mandi,dan mengambil wuduk,
Zara menyempurnakan solat Subuhnya pada pukul 7.15 pagi,Subuh gajah lah
ceritanya.
Tergopoh-gopoh dia bersiap untuk ke kelas. Dicapainya
sepasang jeans bewarna biru seasons dan sehelai T-shirt Merah berconteng Pak
Mad Cafe lalu dipakainya,tudung light brown AdiJuma nya disarungkan ke kepala.Labcoat
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan yang tersangkut di dinding sebelah meja belajar
pantas dicapai dan disarungkan ke tubuh genitnya itu.
Berlari-lari anak dia menuruni tangga rumahnya, sampai
saja di muka pintu rumahnya, Bas UTeM yang sering berkhidmat kepadanya untuk ke
kampus,berlalu pergi meninggalkan Zara. Zara mengejar bas,namun tindakannya
tidak diendahkan drebar bas tersebut. Zara mengambil keputusan berjalan kaki
saja ke kampus hari ini kerana kelasnya pada pukul 8 pagi di Cubic,kampus
industri ,tidak jauh dengan kolej kediamannya. Jam sudah menunjukkan 7.50 pagi,
Zara mula gelisah kerana Ms.lala ,lecturer subjek C++ nya akan mengunci pintu
bilik kuliah tepat jam 8.00 pagi. Mana-mana pelajar yang datang lewat tidak
akan diambil kira attendance nya pada hari tersebut.
Sedang Zara berlari-lari anak menuju ke
kampusnya…’Pinn…Pinnn’…datang sebuah motosikal Yamaha LC menge’Pin’ di
belakangnya. “ohh mak kau beranak lam kretapi”..bunyik Zara yang tetiba melatah
dek terkejut dengan kehadiran motosikal tersebut.
Pantas Zara menoleh ke belakang, dilihatnya mamat yang
ditamparnya dalam insiden pagi semalam sedang tersengih laksana kasut koyak
bertentangan denganya. Merah padam muka Zara, malu,marah dan geram dengan insiden pagi semalam masih lagi
berbaki.
“Ahh,dah kenapa pulak tiba-tiba ja kau muncul malaun
betol lah” bisik hatinya..bibirnya membeku, lidah terkelu.
“ Eh, awak nape tercegat lagi tang tuh haa?dah lambat
kan,jom orang p hantaq awak”, pelawa si mamat pelesit itu kepada Zara dalam
pelat utara seolah-olah mengajuk Zara yang memang sediakala pekat loghat
Kedahya. Rupanya, si mamat pelesit itu sudah ternampak gelagat Zara mengejar
bas sedari Zara ditinggal bas tadi.
Zara tanpa bicara terus melangkah naik motosikal Yamaha
LC 4stroke milik mamat pelesit itu. Brooommm..meluncur laju jentera beroda dua
tersebut. Tak sampai 2 minit,si penunggang memberhentikan motosikal miliknya di
hadapan Cubic,kampus industry. Lantas si pembonceng turun dari motosikal dan
terus meluru masuk ke kawasan kampus, dalam fikiran Zara,dia amat risau jika
Ms.Lala betol-betol mengunci pintu bilik kuliah. Tanpa sepatah bicara,tanpa
mengucap kata terima kasih,tanpa menanggalkan helmet di kepalanya, Zara terus
berlari menuju bangunan hijau berbentuk kiub yang menempatkan bilik kuliah untuk
kelas C++ nya.
7.58 pagi.
Tiba di pintu masuk bangunan itu… “Awakkk!!..helmet
orang, awak simpan ehh,orang nak jumpa awak lagi!!” sayup kedengaran tempikan si mamat itu dari jauh. Terdengar pekikan itu Zara
meraba kepalanya “Allah, aku terlupa tanggal helmet dia pulak”,
Zara menekan punat lif untuk naik ke bilik
kuliahnya..sebaik saja pintu lif terbuka.
Tuuummmmmmm!!..satu dentuman kuat telah mengejutkan Zara,
kedengaran dentuman itu dari luar kampusnya. Zara merasa ada sesuatu yang buruk
dah berlaku. Dia membatalkan niatnya untuk melangkah masuk ke dalam lif yang
sudah ternganga di hadapannya.
Zara berlari keluar dari bangunan tersebut, dilihatnya
ada sebuah lori pasir yang melintang di tengah jalan berhadapan dengan pondok
guard kampus industri dengan sebuah motosikal yang familiar di matanya
terpelanting jauh dari lori tersebut. Lori pasir tersebut yang hilang kawalan
telah merempuh si penuggang motosikal yang ingin keluar dari simpang jalan
kampus industri . Terlihat lima enam orang yang berada di tempat kejadian. Zara
tanpa menghiraukan sesiapa terus berlari ke arah motosikal yang terpelanting
jauh dari lori tersebut. “ya Allah,awak! Apa dah jadi ni?!” Semuanya terjadi
tanpa di duga..Zara menjadi bingung,pabila melihat sekujur tubuh tersadai layu
di pinggir jalan. Orang ramai mula mengerumuni mangsa kemalangan terbabit.namun,
masing-masing hanya mampu melihat kerana takut untuk mengalihkan jasad
tersebut. polis,ambulan mahupun pihak pertahanan awam belum tiba di tempat
kejadian. Zara beranikan diri untuk mendekati jasad yang tidak pasti samada
masih bernyawa ataupun tidak.
Zara yang pernah
menyertai Kursus Pertolongan cemas sewaktu di sekolah menengah dulu,
mengaplikasikan ilmunya untuk membantu mangsa tersebut. Dia ingin memberikan
bantuan pernafasan kecemasan untuk mangsa. Dengan berhati-hati Zara
menanggalkan topi keledar di kepala mangsa. Di dongakkan sedikit kepala
mangsa,diperiksa Zara nadi mangsa,masih berdenyut,di ampu nya tubuh mangsa
dengan penuh hati-hati. “sorang call 911 sekarang!. Arah Zara tegas sebelum dia
melakukan CPR ke atas mangsa. Ditekannya dada mangsa dua tiga kali,di hembusnya
di mulut mangsa. Bantuan pernafasan yang dilakukan Zara amat membantu mangsa
untuk tersedar dari pengsan.
Lima minit kemudian, skuad rescue 911 tiba di tempat
kejadian untuk menyelamatkan mangsa.
Mangsa yang parah terus di kejarkan ke hospital. Zara
turut menemani mangsa ke hospital.
sepanjang perjalanan Zara Cuma mampu menangis,dia
teringat kembali,insiden pagi semalam. Takdir telah menentukan pertemuan
pertama mereka dalam insiden yang tidak di duga semalam, dan untuk sekali lagi,
takdir telah menemukan mereka hari ini.
“awak,orang tidak kenal awak, awak pun tak sempat kenal
orang..orang tak sempat nak cakap terima kasih kat awak pun, awak sedarlah..
semoga tak ada apa-apa yang buruk terjadi kat awak”..ratap Zara di dalam
ambulans.
****
Sudah seminggu Si mamat yang dipanggilnya pelesit itu,
terlantar di ICU (Intensive Care Unit) atau unit rawatan rapi Hospital Besar
Melaka. Setiap hari Zara akan datang melawat dia. Zara masih rasa bersalah atas
kejadian yang menimpa si mamat tersebut.
Tiap hari jugak dia akan stalk blog kepunyaan si mamat
tersebut
http://budakpenghidupjalan.blogspot.com Zara
melihat profil pemilik blog tersebut.
Muhammad adam Danish b. mohd hanif
20tahun
Johor bharu.
Bachelor in Electrical Engineering(power) UTeM
“Adam danish, sedap nama kau..aku harap kau cepat-cepat
sedar dari koma, aku janji lepas ni tak akan panggil kau pelesit lagi” rayunya
sendirian.
Setelah dua minggu terlantar koma di Unit rawatan rapi,
Adam Danish dipindahkan ke wad biasa. Doctor mengesahkan Adam mengalami komplikasi
di bahagian medulla oblongata dan otak kirinya yang menyebabkan Adam hilang
short term memory nya. Doktor tidak menjamin bila ingatan Adam akan pulih.
“Awak,, awak dah sedar.. Alhamdulillah, saya datang nak
pulangkan helmet awak ni.”kata Zara dengan ceria kepada Adam.
“Ahh.. kau sapa?helmet?..helmet aku ke ni? Tengking Adam
kepada Zara sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal..
“Adam,! Awak tak ingat orang!,?..
Tiap hari Zara akan ziarah Adam di hospital ,walaupun
Adam langsung tak ingat, sapa Zara. Zara tak pernah putus asa.Zara terus
berusaha untuk pulihkan ingatan Adam..
“Awak,sudah la..
orang tak kenal awak.. awak pegi maen jauh-jauh”-Adam
“hey pelesit! Orang taknak pegi,. Dulu awak yang cakap
nak jumpa orang lagi..awak cuba ingat balik-Zara
“orang tak kenal
awak! Xfaham ke?”-Adam.
“Ok,fine.. nak kenal sangat kan, nama orang Zara nur Azwa
Megat Manaf ,selamat berkenalan.Muhammad Adam Dansih Mohd.Hanif!
“Awak baca nih!!”, ini awak yang tulis Zara menghulur
Ipad miliknya ke tangan Adam..cuba ingat balik!paksa Zara lagi.
‘ PIPI AKU MAKIN BER SERI SETELAH DITAMPAR SI AWEK CUN
PAGI TADI’.
“awak, maaf sebab
hampir nak langgar awak pagi tadi, maaf sekali lagi sebab blah macam tu saja.
Sebenarnya, saya baru lega dari demam campak, awak tak sedar ka masa awak
tampar saya tuh,muka saya penuh dengan biji parut campak. Selamba je awak
tampar sayakan, tak takut jangkit ke awak? Kalau awak kena demam campak jangan
salahkan saya pulak ye.. hee. Awak yang saya tak kenal, saya nak ucapkan terima
kasih sebab tampar saya pagi tadi. Alhamdulillah, parut campak di muka saya
kian hilang mungkin disebabkan tamparan dari tangan comel awak tuh.. awak pelik
ea camne saya boley jumpe blog awak? Sebenarnye..saya terperasan link blog awak
kat lecture note static n dynamic awak yang penuh dengan contengan tu..sory yer
wak tak sengaja ternampak. Awak,saya harap saya dapat terserampak dengan awak
lagi nanti J..hihii”
-Adam
danish-
Zara menahan sebak., dia berlalu pergi meninggalkan Adam
yang masih terpinga-pinga membaca entry yang ditulisnya sendiri satu ketika
dahulu, Zara melekatkan sekeping nota di helmet yang dipulangkannya kepada
Adam.
“awak,saya akan
sentiasa berdoa agar ingatan awak kembali pulih,maafkan saya atas
segalanya,semoga takdir temukan kita seperti pertemuan pertama kita sekali
lagi”…
-Zara nur Azwa-
*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata*
*terima kasih kerana sudi membaca,cerpen sulung dari aku
yang baru belajar mengarang*
1:49 AM |
Category:
cerpen aku :)
|
4
makhluk2 prihatin
Comments (4)
permulaan yang bagus ! ahhaaa teruskan lagi..saya akan sentiasa membaca :)
Arghhhhhh mcm real lah cerita ni ! :"(
boleh tahan gak laaa...sempat gak laaa feeling jap baca..heh..good start :D...keep it up :)
wahh . bagus ! :D