Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

lumrah manusia.
hakikat semesta.
yang hina dikeji.
yang mulia dipuji,
yang baik disanjung,
yang jahat di palung.

namun aku percaya,
yang hitam boleh diputihkan,
yang putih mudah dihitamkan.

jangan dipandang buruknya sahaja.
di lubuk hatinya tak sapa tahu,

jangan dipuji baiknya sahaja,
hakikat pujian itu meracun jiwanya.

mak aku kata,
jangan suka dipuji,
kelak meninggi diri,
jangan suka memuji,
ibarat meracun dia yang kita puji

biar kita dikeji
hakikat kejian itu bajakan jiwa kita.
sentiasa beringat.
kita tak sentiasa di atas.
dan tak sentiasa di bawah.
bila di atas,
jangan lupa yang di bawah,
bila di bawah,
jangan takut.
kita mampu berada di atas jugak.

walau sapa pun kita,
hinakah kita,
muliakah kita.
kita cuma manusia.


Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...