Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

15dec2012
sabtu
Bismillahhirrahmanirrahim..
Ya Allah, berikan aku kekutan dalam mencari keberkatan dan keredhaanMu.

hari ni sepatutnya aku p konvensyen keusahawanan yg buat kt dewan Besar UTeM tuh. untung-untung dapat makan free.tengah2 tak da duit sekarang, asal ada yang free tibai ja. tak payah pikir banyak.
malang,malang..
aku siap kul 7.25 pg turun bawah tgok tak da bas pun. harap-harap bas tak datang lagi. dengan tak da handphone sukar untuk aku nak contact dengan mira.nak tanya pasal bas.ahh, aku tebalkan muka pinjam handphone maria untuk call mira. mira cakap, bas dah lepas. bas untuk ke kampus datang pkul 7.15 tadi.
ahh,haru.. aku dah la tak da sapa-sapa nak minta tolong kat sini. bergantung harap kat bas tuh ja semata. aku tunggu lagi, mana tau kalau ada bas yang tetiba datang. tunggu punya tunggu, datang lah bas tuh. bergegas aku keluar, malang lagi, bas tuh berlalu pergi membabi buta lagu tu saja. eeii panasnya hati wa, ahh, kalau sekadar nak lalu semakkan jalan tak payah la mr.drebar. nak kejar pun dah tak sempat. laju je dia mencacak pergi. dalam hati aku, eeii sabar laa.. tak da rezeki hang nak makan free hari ni. haha..

dengan hampanya aku naik atas balik lah. sambung tidow..berlapar lagi la aku hari ni.
si bedebah  tuh bila nak setel hutang aku. nyesal aku menjadi bangang hulur duit kat hang. ahh sampai tinggal sehelai sepinggang dah aku nih setan!

*ahh.sudah malas nak fikir,membuta kejap.*

mak call
tersedar aku dari lena yang seketika. huda hulur phone kat aku. aku dah agak da, mak abah la call nih.
ternyata, depa risaukan aku la nih. dah 4 hari aku x contact depa. sedari handset aku lingkop,semua nya sebab setan tuh. ahh. persetankan dia. aku cakap dengan abah, aku boleh tahan sebak lagi. aku tak sampai hati nak bagitau abah yang aku dah 3 hari makan tak menentu. aku tak sampai hati nak bagitau abah yang aku xda duit dah sekarang,aku tak nak depa beban lagi sebab aku yang terbangang. abah pass fon kat mak.
tang nih mmemang aku tak tahan sebak dah. mak seolah-olah boleh meneka apa yang dah jadi kat aku. aku hampir nak cerita segala-galanya kat mak, tapi aku tak kuat. sebak yang aku tahan terlerai jugak. aku menangis. mak tanya nak balik x? aku sebenarnya nak sangat balik. jangan tanya la, memang aku nak balik. tapi dengan keadaan aku macam ni, aku rasa aku berat hati nak balik. aku nak jauhkan diri dari famili aku kalau boleh, aku tak nak menyusahkan depa lagi. aku tau mak pun dah mula sebak, aku dengar esak tangis kecil mak di hujung talian. mak cakap,balik la nanti kita cerita lagi. mak dah macam tak nak teruskan perbualan dengan aku lagi. aku pun dah tak leh nak bercakap lagi lepas mak cakap " sebelum ni kan cikwa kuat, sabar la.. buat semayang taubat,baca Al-Quran.." Ya Allah, mak.. cikwa ni dah jauh tersimpang, kalau cikwa kuat, cikwa tak jadi bangang sampai merosakkan diri cikwa sendiri. sekarang ni,cikwa tengah cari kekuatan balik mak. tapi bila cikwa rasa nak strong sikit, ada ja ujian yang mai melawan arus.
ahh. aku tak tahu nak berterus terang macam mana dengan mak abah. mak pun dah end call.

ahh.. rasa macam ada batu menghempap dada. kalau ada ubat penenang dah lama aku telan.

ikut sha kluar .
dah aku xnak teruskan entry nih,aku nak siap nak kluar. aku ingat tak nak kuar.tp huda cakap, jom ar keluar macam tak da life je ko nih;. haa, aku tercabar aar.. haha..k aku keluar. tertekan dah aku duk dalam bilik memanjang.

Comments (1)

On December 15, 2012 at 4:36 PM , cikumi armena said...

sy pnh rsa mcm 2 jgk..mmg sadis sgt2..
lebih2 lgi idup jauh dgn famili.. :((

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...