Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

0056
thursday 20122012

Bismillahirrahmanirahim.

aiseh..kat pukul 1 p dah.tido lambat ka tidoq awal ka,esok wajib bangun awal esok kelas pukul 8. kena naik bas pukul 7. kena bangun pukul 6. kalau bangun lambat kena tinggal bas.bangun awal,kalau bangun lambat kena tinggal bas.!bangun awal,kalau bangun lambat kena tinggal bas!! haa.. mantera nih la aku baca tiap malam sebelum aku tidoq. semenjak tak dak handphone ni, aku bergantung sepenuh nya kat kuasa unconscious mind aku*ahh,tah betol ke x aku eja ni*.aku dah tak da alarm, dulu ada alarm handphone pun bukannya aku nak bangun. sebab aku boleh snooze-snooze kan dia.sekarang ni,aku nak snooze natang pa.. dah la jam pun tak dak,bangun pagi pakai main agak ja pukul brapa. haha. tapi memang berkesan la baca mantera nih. at least aku train diri aku tak bergantung kat sapa-sapa untuk bangun pagi. dan aku harap, aku dapat praktik bila balik kampung nanti. cuma mantera tuh kena edit sikit. bunyik dia lagu ni, bangun awal esok,esok wajib bangun awal, kalau bangun lambat kena simbah ayaq sejuk dengan adik. hebat tak hebat kuasa unconscious mind nih depend on individu tersebut and keadaan. 

En.Hazrul*my PRS lecturer*  kata kalau individu tuh selalu berkomunikasi intrapersonal (komunikasi yang berlaku dalam diri sendiri) macam bermonolog dalaman lagu tuh la. ala, macam aku ni la. suka bercakap dengan diri sendiri.haha.*acehh,padahal tak dak orang na besembang ngan aku* haa.kalau dia selalu berintrapersonal sorang-sorang,dia punya unconscious mind akan bertambah kuat. ahh, aku pun tak pasti la betol ke tak teori dia. kalau ikut logik, aku sokong la jugak teori ni. sebab, aku dah lalui. ala, bukan aku sorang saja dah penah lalui. korang pun penah jugak lah.

the power of unconscious mind
ok berbalik kepada topik kita,unconscious mind. kenapa aku kata dia ada power? korang cuba letakkan diri korang dalam situasi seperti di bawah

situasi 1 : korang tinggal kat apartment/kondo yang tingginya 78 tingkat. satu hari,kondo tersebut secara malang tidak berbau nya meletup.. haa meletup,meletup sebab ada sorang bangsat main mercun bola kat aras 76 terbaling mercun tersebut dalam kuali mak dia.hampir kesemua aras dah dijilat api,anda yang berada kat aras 77?apa anda buat? nak selamatkan harta benda, dah tak boleh. harta benda semua dah selamat dijilat api. dan..detik itu laa unconscious mind anda bertindak, dah tak peduli aras berapa puluh. kalau aku terjun aar. tunggu bapak lagi. tak sanggup mati di jilat api. kalau korang tak tahu laa. 

situasi 2 : cuba bayangkan anda seorang yang lumpuh, tak punya kaki sebelah, satu hari anda keluar dengan mak anda. dan tenga seronok berjalan-jalan dengan mak,ada peragut datang ragut mak anda dan mengacukan pisau kat leher mak anda,..ha apa anda buat?

situasi 3 : ahh,situasi 1dan 2 dua tuh macam extreme sangat ja. haha, k situasi 3, cuba anda bayangkan anda tenga bertegang urat dengan sahabat anda,tidak semena-mena sahabat anda bubuh penampar sedas kat pipi anda, ha apa involuntary action anda?kalau aku, terus temperature naik ar, kalau tak penampar balik. maki hamun lawan tetap dah. haa itu unconscious mind la tuh. minda separa sedar.

pengalaman: 
aku selalu cakap kat diri aku, kalau nak berjaya dalam apa yang kita buat ,kita kena selalu letakkan diri kita dalam keadaan terpaksa. tapi aku tak boleh sangat,sebab kurang keyakinan diri. bercakap memang senang tapi nak bertindak tu susah. tiap orang punya cara tersendiri nak aktifkan minda separa sedar dia.

ehh, aku tak mengaji psikologi kalau nak cerita panjang-panjang. kalau nak tau detail lagi pasal minda separa sedar ni boleh la buat kajian sendiri ya.. ok, adios.. aku mahu tidur :)

Comments (1)

On December 20, 2012 at 2:05 AM , Lokman said...

tdo, tdo..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...