Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

180113
jumaat
2015

bila tiba masa ajal menjemput mu,
bila saat nyawa di sentap,
tak kurang sesaat,tak lebih sesaat.
mungkin sempat mengucap shahadat,
mungkin tak sempat bertaubat.
dan bila Izrail datang menyeru nama
memberi petanda mahu mengambil nyawa
terhembus lah nafas yang terakhir kalinya,
terhenti amalan kita di dunia.
tamat hikayat kita di dunia.
cukupkah amalan di dunia?
untuk bekalan ke sana.

sedarkah kita.
persinggahan kita di dunia,
sementara cuma.
apa sibuknya kita mengejar dunia
yang sementara cuma,
bergelak tawa tak ingat 'di sana',
mengejar ngejar mahu jadi kaya,
menindas puak lemah tak bermaya,
mengagung agungkan harta dunia.
mengejar pangkat mengejar kuasa,

dunia. dunia.

aku sungguh takut.
bila aku terleka.
saat aku terlupa aku cuma musafir di dunia,
saat aku sedang tertawa berhibur di dunia.
dan saat itu malaikat datang mencabut nyawa.
sempatkah aku bertaubat akan segunung dosa di dunia.
sempatkah aku mengucap kallimat dua shahadat.
cukup kah bekal aku nak bawa ke sana?

sedarlah.
ajal tak kira masa.








Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...