Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

11.11.2014
sabtu

aku ni kan sebenarnya dah lama tak bercerita dekat blog ni, teknik penceritaan aku pun makin kelaut, tapi takpa. tu semua tak penting pun kan, layankan je laah.

semalam kan,10.11.2014,jumaat kami semua ni *rujuk gambaq di bawah* telah mendaki Gunung Datuk sebagai latihan atau persedian untuk XPDC Gunung Tahan pada 17Oktober minggu depan.

sebelum ni, kalau naik Gunung Datok ni, aku tak pernah bawak muatan berat2,tapi semalam sebagai heavy training,ceh tak heavy mana pun,setakat beg dengan ayaq dua botoi ja pun. Alia Farhana selaku pengarah XPDC Gunung Tahan ni dah macam special coach aku dah, kasi pinjam beg, kasi tips mendaki dan macam macam lagi lah.
serius cakap,sebenarnya aku rasa kerdil saja bila dapat trekking sekali dengan depa yang memang dah power dalam bidang ni.aku banyak lagi nak kena belajar nih, *pause 


lebih kurang pukol satu pagi jugak laa kami bertolak ke Gunung Datuk,perancangan awal nya berkumpul pukol 12.05malam tehpi tehmai jadi pukol 1 jugak.

start mendaki lebih kurang dalam pukul 3 pagi. ok perkenalkan lineup yang power power nih

belakang *atas batu dari kiri :zul , atiq-ah, cokek
berdiri dari kiri :mat,muna-im,nawi, mizi,fitri,syazwan,afizul,fahmi,azim,muqri,tokmal,zelmi
depan : alia, dan aku.*aku yg baju oren tu la.

kami konvoi beramai ramai ke sana, aku,alia dan mat menumpang kereta nawi.lagi dua kereta eddi dengan keta fitri,.yang lain riding moto. naik kereta ngan nawi ni rasa macam naik kereta dengan abah aku pulak dia.peghongoih jugak dia ni.

kami sampai kaki gunung Datuk dalam pukoi 3pagi jugak la,prepare beg apa semua, streching sikit dan mula mendaki.




jom hiking :) 



credit to Alia, pic editor.meriah kan.

lebih kurang 1jam40 minit pendakian, aku cungap jugak la kali ni, tak cukup training plus stamina kurang dengan mental londeh time nak sampai cp1 tuh,malas nak melangkah.tapi sat ja,sampai cp1 tuh ceria balik la.siap buleh dok buat drama sat ngan puak tu.munaim tak habes habes menyakat orang.boleh pulak pegukan aku dengan si mizi tuh, aku layankan ja.haha kasi meriah sikit suasana.cehh

lepas berehat sebentar bersama puak puak cargas ni,kami sambung pendakian,aku jalan dulu kali ni,sebab aku punya pace macam haram sikit ikut dan aku la kadang lambat kadang cepat. teknik pernafasan ku ditegur Alia,aku pun rasa aku macam tak pandai nak atur pernafasan aku.kali ni aku berjalan belakang Nawi,dengan tokmal n Alia kt belakang aku. ceh dalam sepuloh minit buleh gagah jalan rapat ngan depa lepas tu aku terkebelakang balik lah.semput nokss.tapi jarak aku ngan depa tak jauh sangat la, agak berasa jauh sikit aku keloi depa, kalau depa menyut tuh aku rilek rilek la jalan,kalau tak menyut tu aku laju sikit nak ligan depa. *pause*.


pergh penat nak mengarang cerita serupa penat mendaki lagi ni. kami tiba di puncak dalam pukul 4,20 pagi kot, aku haram tak tengok jam pun time tuh. sejuk tak tau nak habaq laa,tapi ngantuk punya pasai,hantam tidor jugak atas batu tuh.kalau tok mal tak hampar tikar tu aku rasa aku hentam lena jugak mentah mentah gitu.

aku rasa macam comel pulak aku tidor, merekot jugak la sebab sejuk gedi sampai ke tulang. dia punya sejuk macam dalam cerita frozen,nasib tak freeze macam anna,kalau tak jenuh la sapa nak peluk aku sampai cair pulak.kan. nahh over pulak.


aku terjaga time Azan Subuh, mengeliat ngeliat sat, bangun pi semayang Subuh.lepas Subuh aku rasa macam nak sambung lena balik tapi borak borak kejap tak sempat nak lena lama.baring baring jap,pastu turun prepare breakfast.

ni first time breakfast atas gunung Datuk,biasa kalau naik Datuk ni, kenyang bergambar ja. lepas breafast si Alia brief sikit pasal tentatif kat tahan nanti. time dengar dia bercerita tu aku dah mula cuak jugak.fuhhh tak dan pi lagi mental dah. *pause*

ok, selesai brief and bergambar apa semua,kami pun turun. aku rasa turun mudah lagi dari naik, cemana budak budak laki ni kata turun lagi sakit,aku sakit time naik..turun pun puaih pedo lutut jugak la.

ok sekian. aku pun publish entry ni :) 
*sambil dok baca sikit sikt pasal pengalaman orang hiking Gunung Tahan ni*.

Comments (3)

On October 11, 2014 at 7:56 PM , Alia Farhana said...

hi hi hi wawa.. hehe.. insyaAllah you can do it!! Gunung akan jadi ur bestfriend forever. Tak percaya? tunggu la nanti.. aku pun baru lagi lah. banyak nak belajar lagi wawa.. sama-sama kita belajar.. nokkk, kite pun ade blog la... meh baca kat blog aku plak...
1) nie pengalaman pertama aku naik Tahan.. put ur shoes in mine,,, haaa.. u can do it
http://penatkaki.blogspot.com/2012/09/sambut-cny-dekat-gunung-tahan.html

2) nie second,, budak2 boleh sampai, takkan ko x boleh kan??
http://penatkaki.blogspot.com/2013/09/dejavuku-di-gunung-tahan.html

 
On October 11, 2014 at 8:34 PM , Kejora malap said...

OK.. KEJAK NOKSS, NAK BACA BLOG HANG NI :)

 
On October 23, 2014 at 7:51 PM , ferra rarawr said...

woahhh cekwa..best dak gunung datuk nih? brpa km? :)

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...