Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

29nov2012
thursday 0611

aku tak boleh la duduk sorang2,diam2,sunyi2 la sekarang ni.kalau rasa sunyi ja mulalah nk berderau darah dalam badan, bederai peluh, berderai ayaq mata..kalau boleh semua cecair dalam badan nak keluar, dah macam kena sawan pulak. padahal masalah emosi saja. entah laa kenapa rasa tak tenang sangat seminggu dua nih, mungkin sebab kes ITU dan down sebab pointer jatuh sama kowt.

sebak seketika.
baru je jari ni mencari aksara dengan niat nak tulis entry pasal abang aku, tiba-tiba abang aku call. :'( wuaa..saja aku miscall dia,nak sembang ngan dia. tengah hari tadi aku suruh dia top up, tp dia respons "sorry, abg kat laut..tak dak kedai top up", wah sentap aku. susah nau na mintak tolong. bermonolog lah aku sorang-sorang. abang aku nih workaholic tahap hyper dah. memanjang kerja. tau la nak kawen pun.
kaddang-kaddang. aku tak faham,kenapa dia kuat kerja sangat.tak rasa nak rehatkan badan ka?
tapi sekarang aku dah faham. dia lelaki. dan dari situ aku nampak dia jenis bertanggungjawab. kalau dia tak workaholic lagu tuh, nanti kawen takkan nak jamu bini makan ayaq laut jaa.

*pause*

hati kecil menjerit, my tears burst out lelaju. mau tak nya, balik kelas tadi aku terus on9,pas tuh aku nampak  save image
abang aku post macam tuh. suka dan duka equilibrium ja. hui sapa tak seronok nak dapat kakak ipar, sapa pulak tak sedih abang dia dah nak kawen. dah tak boleh nak bermanja dengan abang lepas nih. abang pun mesti dah kurang perhatian kat aku. dah la ada abang sorang tu ja. pas ni sapa nak brainwash aku bila aku buat perangai. huaa.. aku selalu memberontak. aku memang tak berapa bertentang sangat dengan abang aku, dia selalu marah aku. bagi dia marah aku sebab nasihat,tapi bagi aku cara dia nasihat macam nak protes aku ja kadang-kadang tuh. aku tak berapa sependapat dengan dia, kiranya tak sekepala sangat. tak macam aizul marcello dengan adik dia irine nadia marcello. tetiba petik nama depa. sebab tadi aku ada terbaca aizul marcello tulis entry untuk adik dia irine nadia tuh. ouch. how damn sweet them. ahh,itu cara depa adik beradik biarkan. ini cerita aku dengan adik beradik aku.

arequ ieda <3 arequ shafiq

k kentiniu.. walaupun abang aku jenis yang suka fikir terlalu dalam sangat. amat tipikal. amat susah nak terima pendapat aku. tapi dia ada cara dia sendiri. the way he thinks and visualize, AllahhuAkbar,sumpah macam engineer+doctor+entrepeneur. simply,cara dia fikir lain dari yang lain. acana tuh? huish.. aku tak tau nak explain macam mana. senang, hampa p jumpa dia. try berdebat dengan dia tengok. uish, sumpah habaq. susah nak menang o0w. kalau aku type yang straightforward. the way aku berfikir, lurus saja,terlalu positif n setai tak reti takut risiko. setai buat dulu baru fikir. haa itu setai aku. tapi abang aku tak. kadang-kadang dia pulak yang tolong fikirkan untuk aku. tapi untuk sesetengah perkara, aku berkeras jugak ikut cara aku. bila aku kata aku nak buat tu aku buat. 

from bottom of my heart, aku sayang abang aku. sorang tu ja abang aku. aku tak punya ramai abang. abang yang dah banyak support aku. aku tak dak duit aku cari dia. walaupun sometimes aku rasa,nak mintak duit kat dia macam nak pinjam duit kat along lagi. tara dia nak bagi tuh,sempat lagi dia tarbiah aku barang dua tiga kitab. sebenarnya, dia bukan kedekut. tapi dia tak nak ajar aku boros, hidup mewah dan membazir.  each word yang terbit dari mulut dia, ada rasional. ada sebab la kalau dia marah atau tarbiah tuh. abang mana tak sayang adik oiy. 

waktu kecik-kecik dulu,abang selalu kena marah,kena pukul.
tapi aku yang selalu buat perangai bila dah besar ni.

aku ingat lagi, abah marah abang sebab abang nakal dulu. aku pulak manja. aku bukan nak sangat dimanjakan, aku pun tak suka rimas. tengok padah kalau dimanjakan sangat waktu kecik-kecik. ha mai besar nakal tahap dewa lah. nakal abang waktu kecik-kecik ja. nakal aku,haa bila mai besaq laa. sampai kena gantung sekolah la cerita dia. abah marah abang sebab sayang. abah marah aku pun sebab sayang jugak la. tapi, aku nak sangat abang taw, hati aku hancur gila bila abah kata "abah dah tak percaya kat cikwa lagi"., huiih pedih kot ayat tuh. aku lagi rela kena sebat pakai batang paip dengan abah, dari kena ayat macam tuh.

 aku kalau boleh, tak nak abang ngan kakak nampak abah ngan mak manjakan aku lebih. sebenarnya, mak abah sayang sama rata saja.

*pause*

abang aku rock.
satu benda yang aku tabik kat abang aku. dia suka kerja-kerja dakwah dan dia jugak suka rock2 kapak nih haa.

ishk. apa benda lagi wa nak karang nih,jujur aku kata aku bukan rapat sangat dengan abang aku nih kalau nak describe dia lebih. biasala jarang-jarang jumpa tak sekepala pulak tuh.aku harap, satu hari nanti.. aku boleh sekepala jugak dengan dia. kalau tak ngan dia, aku nak anak-anak dia nanti, sekepala dengan aku. haa. oops,sorry abang,. tapi jangan risau lah, cekwa tak ajaq anak-anak abang buat perangai pelik2.

hurmm :'( ..
abang, cekwa bahagia tengok abang bahagia. tapi kan.. nanti, bila dah bahagia jangan la lupa kami. cikwa jauh lagi perjalanan, nak kena sambung degree laa. huh rasa lambatnya belajar nih. rasa nak kerja cepat-cepat.pegang duit sendiri. doakan,impian cikwa nak berumahkan villa, berkereta besar macam bas,bermentuakan kerabat raja brunei.,tercapai.. Allah, materialistik gila adik abang sorang ni kan.. dok aih, cikwa tak harap pun semua tuh. cikwa cuma nak satu ja, nak kejayaan yang berkat. kesempurnaan kendiri. kejayaan yang dapat dikongsi bersama family n mak abah. haa yang tuh saja. tak kesah la dalam apa bidang sekalipun. yang penting kita berjaya atas usaha sendiri kan.

abang,
taw dak..cekwa nih sebenarnya, dah jauh tersimpang, dah teruk sangat. dah semakin lalai. jiwa cikwa tak tenang, abang doakan cikwa kembali ke pangkal jalan n jadi anak yang solehah k. maafkan cikwa sebab tak kongsi masalah-masalah cikwa dengan abang. tapi tak pa, semua dah setel. :'( 
*pause*

ok.. dah tak tahu nak karang apa lagi.. nah sikit bingkisan,

*susah oww, cekwa selongkar album k.ida carik gambaq nih*
eei, bestnya tengok orang grad. aku bila. entah sempat ke tidak WallahHua'lam.

k thats all, cikwa nak boh gambaq cikwa ngan abang tak dak pulak. haha. mana la kita penah snap gambaq sekali. lam camera abang ada kot. WallahhuA'lam.


Comments (1)

On November 30, 2012 at 1:06 AM , cik mun said...

die marah sbb sygkan..hee

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...