Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

cerita kita,
aku tak tahu nak sampai ke mana
bukan noktah yang aku pinta,
aku pohon agar kita panjangkan cerita,
walau kau jauh di singapura,
aku di sini tetap menanti penuh setia.

aku tahu,
kau ke sana mencari harta,
atau mungkin mencari singa.
atau mungkin mencari marka.
*haa! kau cari lah marka di singapura,memang kau cari nahas dengan aku lah*
mungkin sebagai perjuangan untuk cinta kita,
atau mungkin yang kau kata betul juga
"saya ke sana untuk masa depan kita"

aku akur,aku di sini juga sama,
aku hanya mampu berdoa, agar kau berjaya di sana.
aku di sini juga usaha,demi bahagia kita bersama aku dan keluarga.
tidak aku pikir bahagia kita yang utama,
kerana yang utama bagi aku, orang tua.

aku terima,
aku berserah.
apa juga penamat cerita kita,biar yang Maha Esa noktahkan cerita kita.

aku harap,aku dapat setia.



Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...