Total Pageviews

Bila hati mula meronta,jiwa mula mluahkan rasa,bila minda mula mencerna,jari mula mencari aksara :)

Tabung Churp2 cikwa,

Followers

coretan aku bertarikh : 25 disember 2012
pukul : sesudah subuh
caption : bertemu kekasih hati. berkabung . ziarah pusara arwah  ibu.
lokasi : tanjung karang,selangor.

tidurku nyenyak,
dibuai mimpi-mimpi manis.
mana tak manisnya,aku mimpi minum air coklat.
slllrpp..perghh . manisnya, nikmatnya.
apakah itu minuman dari syurga barangkali. Wallahhua'lam
ku teguk minuman coklat itu sampai kering,
lalu ku picit kotak cecair itu sampai kemek,
sampai titisan yang terakhir.
aarggh .. dah kering.
aku terjaga dari lena.
mimpiku minum cecair nikmat itu tamat..
mimpi manis itu tamat, aku terjaga dari lena.
ajaib, aku bangkit awal,mentari belum terbit.

pantas aku bangun laksana perintah Allah,
subuhku yang pertama di rumah dia.
Alhamdulillah keluarga kecil dia,dapat menerima aku.

mimpi manis aku pagi tadi memberi tanda baik kepada aku,
hari ni dia bawa aku ziarah pusara arwah ibu dia,
arwah yang berhajat nak sangat tengok aku.
namun tak kesampaian,Allah lebih sayangkan ibu.
memberi pengalaman baru kepada aku.
menyedekahkan bacaan Yaa Sin kepada arwah.

*pause*......

Comments (0)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...